MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Rabu, 4 Julai 2012

CADANG BINA REL KERETAPI MINI DI PESISIR SUNGAI PENSIANGAN


Oleh: Mohd Khairy Abdullah
GARIUS
PENSIANGAN (Sabah, Malaysia): Umno Pensiangan mencadangkan laluan keretapi mini dibina di pesisir Sungai Pensiangan, untuk mengatasi kemelut perhubungan kira-kira 42,971 orang penduduk di situ.
   Jurucakap bahagian parti itu di sini Garius Pukin, 48, (gambar) memberitahu sejak sekian lamanya penduduk yang tinggal di kawasan Mukim Pensiangan yang melibatkan Pegalungan dan Salinatan bersandarkan sungai sebagai perhubungan utama.
   Mukim Pensiangan tidak mempunyai perhubungan jalanraya, menyaksikan penduduk terpaksa menggunakan pengangkutan bot dengan perbelanjaan kira-kira RM300 hingga RM500 sekali jalan.
SUNGAI ADALAH LEBURAYA PENDUDUK PENSIANGAN
   Garius berkata, kos pembinaan rel keretapi mini yang dicadangkan diantara Pegalungan dan Salinatan, jauh lebih murah berbanding membina jalanraya ke kawasan itu.
   Penduduk yang tinggal di Mukim Pensiangan tegas Garius, tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka disebabkan ketiadaan jalanraya yang menghubungkan kawasan itu dengan pekan Nabawan.
   Sebagai contoh katanya, kos perjalanan dengan menggunakan pengangkutan bot lebih mahal daripada hasil pertanian yang dipasarkan.
   “Jika penduduk menjual getah ke pekan Nabawan yang dianggarkan berharga RM300, mereka hanya menghabiskan pendapatan itu untuk membayar tambang bot, dan berhutang RM300 lagi untuk tambang semasa pulang ke rumah,” katanya.
   Garius yang merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Pensiangan memberitahu, cadangan mengwujudkan rel keretapi di kawasan itu telah difikirkan sejak beberapa tahun yang lalu, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang susulan daripada pihak berwajib, kerana sesetengah pihak memikirkan cadangan tersebut sesuatu yang melucukan.
   Namun katanya, pengangkutan keretapi mini di kawasan itu amat menarik disamping satu tarikan pelancongan, yang menjana pendapatan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan.
   Menurutnya, dengan adanya pengangkutan tersebut mampu mencergaskan pertumbuhan pembangunan, selain memudahkan agensi-agensi kerajaan untuk menembusi kawasan itu secara berkesan.
   “Hari ini semua rancangan terbantut kerana masalah jalanraya,” katanya dan menambah, kerajaan harus melihat cadangan itu secara positif dalam usaha menyeimbangkan penerimaan pembangunan di kawasan luar Bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan