MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 24 Julai 2012

WILFRED BUMBURING TINGGALKAN BN


WILFRED BERSAMA UPKO
TUARAN (Sabah, Malaysia): Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan Perletakan Jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran, sekaligus mengesahkan kecenderungan politik pemimpin itu dalam aliran pembangkang.
WILFRED DENGAN AMANAH
   Perletakan jawatan yang tidak mengejutkan oleh seorang pemimpin yang kurang ternama itu, disifatkan oleh pemerhati politik sebagai tidak memberi apa-apa kesan kerosakan kepada lanskap politik Barisan Nasional (BN).
   “Cerita-cerita bahawa Bumburing akan meninggalkan BN sudah tercanang lebih daripada 24 bulan,” dedah seorang sahabat karibnya.
   Bumburing merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) – beliau adalah Anggota Parlimen P170 Tuaran.
   Mengumumkan perletakan di Dalit, Tuaran kira-kira jam 1 petang pada Ahad, Bumburing yang sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya untuk meninggalkan perjuangan BN, akhirnya memecahkan prinsip peribadi dengan melepaskan jawatan Pengerusi BN Tuaran pada ketika pilihanraya ke-13 hanya menunggu masa untuk diadakan.
   Ramai penganalisis politik menyifatkan tindakan beliau itu sebagai tidak professional, dan mementingkan diri sendiri.
   “Beliau meninggalkan kami begitu sahaja,” jelas seorang pemimpin kanan Parlimen Tuaran.
   Bumburing, 60, merupakan bekas menteri kabinet negeri yang digarap melalui Parti Bersatu Sabah (PBS).
   15 Jun lepas, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Lajim Okin melepaskan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort.
   Politik terkini Bumburing dan Lajim sering dikaitkan dengan aliran pembangkang,namun kedua-duanya menafikan pada sebelum ini.
   Pada Selasa di Kota Baharu Kelantan, pertemuan sulit Lajim dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz didedahkan oleh beberapa akhbar kebangsaan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan