LONDON 9 Julai - Roger Federer menumpaskan Andy Murray 4-6, 7-5, 6-3, 6-4
untuk mencipta rekod kejuaraan Wimbledon buat kali ketujuh dan kejuaraan grand
slam ke-17, semalam.
Pilihan ketiga dari Swizerland itu bangkit
daripada tewas di set pertama sebelum menguasai permainan dan menamatkan
harapan Murray untuk menjadi pemain lelaki Britain pertama memenangi trofi itu
di gelanggang sendiri sejak 76 tahun.
Kemenangan itu juga melonjakkan kembali
Federer sebagai pemain nombor satu dunia. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan