MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 26 Julai 2012

WILFRED BUMBURING TUBUH PARTI BARU


Oleh DG HENRY
KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Bumburing, yang meletak jawatan sebagai Pengerusi BN P170 Tuaran lewat tengahari Ahad lalu, sekali lagi mengusarkan politik Sabah apabila dikaitkan dengan kelahiran sebuah pergerakan politik yang baru.
   Pergerakan politik itu dikenali sebagai Barisan Pembebasan Sabah atau SRF (Sabah Reform Front), dan Bumburing dikatakan sebagai peneraju utamanya.
   Sumber yang telah disahkan pada Khamis memberitahu, kelahiran pergerakan politik itu akan diumumkan di Dalit, Tuaran pada Ahad dimana Bumburing mengumumkan perletakan jawatannya sebagai peneraju BN bagi Parlimen Tuaran.
   Selain Bumburing, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Lajim Okin turut bersama dengan pergerakan itu, yang akan bergabung dengan parti pembangkang utama negara – Parti Keadilan Rakyat (PKR).
   Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik akan menghadiri majlis itu, sebelum menghadiri satu lagi perjumpaan politik yang akan diadakan di Beaufort.
   Barisan Pembebasan Sabah berada ditangga teratas sebagai pergerakan politik yang mendapat pengaruh di dua daerah ini, iaitu Tuaran dan Beaufort, sekaligus menutup peluang Parti Star yang dikemudi oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di Sabah yang meletakkan dua daerah ini pada sebelum sebagai kubu.
   Kemunculan pergerakan politik baru itu turut menjawab persoalan bahawa rakyat Sabah sebenarnya menolah Parti Star dan mahukan parti yang diasaskan di negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan