MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 11 Mei 2012

KETUA KAMPUNG AKAN SAMAN PKR KENINGAU


JAIT MAHAT
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pengerusi Penyelaras PKR Pensiangan dan Keningau Hj. Masmin Kadad, hampir pasti akan diheret ke muka pengadilan jika gagal untuk membuktikan dakwaannya berhubung  penglibatan Ketua Kampung Kg. Kauran, Jait Mahat telah menjual tanah rizab kerajaan kepada seorang taukeh di Bandar kecil itu.
   Jait yang memberitahu akhbar ini di Keningau pada Rabu menjelaskan, dakwaan Masmin melalui satu kenyataan akhbar yang diterbitkan pada 27 April lalu, merupakan satu fitnah yang melampau yang bertujuan untuk memalukan beliau.
   “Reputasi saya sebagai seorang ketua adat (ketua Kampung)  terjejas ekoran daripada kenyataan pengerusi penyelaras PKR itu,” katanya dan memberitahu, beliau telah mendapat nasihat daripada pihak keselamatan dan meminta Masmin untuk membuktikan segala dakwaan beliau.
   Masmin dalam kenyataan akhbarnya dipetik sebagai mempersoalkan kenapa rizab jalan di Kg. Kauran boleh dipohon dan dijual kepada seorang taukeh, yang merujuk terhadap pertikaian tindakan Jait membersihkan sebahagian kecil rizab jalan berhampiran Kg. Kauran untuk tujuan membina sebuah gerai perniagaan kecil-kecilan dalam bentuk sementara.
   Jait pada sebelum itu mendapat kebenaran secara lisan daripada pihak berkuasa jalan untuk tujuan tersebut, selain beliau sendiri memperolehi sokongan daripada pihak berkuasa yang lain seperti Wakil Rakyat Liawan dan Pegawai Daerah Keningau.
JAIT MENUNJUKKAN TANAH YANG DIDAKWA
   Katanya, beliau tidak bermaksud memohon kawasan rizab tersebut secara kekal, tetapi hanya menggunakan lokasi tersebut untuk tujuan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, sementara kawasan itu tidak terlibat untuk sebarang projek pembesaran jalanraya di kawasan itu.
   “Saya bukan memohon tanah itu untuk pemilikan, tetapi menggunakan secara sementara,” jelasnya dan menambah, beliau mempunyai tanah yang lebih luas daripada itu tetapi terletak jauh daripada kawasan strategic.
   Jait yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau memberitahu, ekoran daripada dakwaan fitnah Masmin itu menyebabkan kepercayaan rakyat bawahan kepada beliau telah terjejas.
   Jesteru itu katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengerusi penyelaras PKR itu.
   Kecuali katanya jika Masmin berjaya membuktikan penglibatan beliau menjual tanah rizab itu kepada seorang taukeh, cadangannya untuk memanjangkan perkara itu ke muka pengadilan tidak akan dilaksanakan.
   “Jika tidak (gagal membuktikan), anda (Masmin) tidak akan terlepas,” tambahnya.
   Beliau menarik perhatian kepada pemimpin PKR itu bahawa beliau sepatutnya bertindak sebagai seorang pemimpin politik yang berkesan, dan bukannya memberikan tekanan kepada rakyat khususnya pengundi seperti beliau.
   “Apa yang berlaku menjelang pilihanraya ini ialah pemimpin pembangkang seperti PKR telah kehabisan isu politik, dan sanggup menimbulkan isu-isu yang tidak bermoral seperti fitnah untuk tujuan bermusuhan dengan rakyat ... jika begini gaya pemimpin, bagaimana rakyat harus percaya,” katanya.
   Jait memberi tempoh seminggu kepada Masmin untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaan fitnahnya itu.
   Pengerusi Penyelaras PKR itu gagal untuk dihubungi untuk mendapatkan reaksi, namun beberapa pemimpin parti itu memberitahu menyedari kesilapan pemimpin mereka itu 

3 ulasan:

  1. saman terus jika ternyata fitnah, orang seperti ini tidak harus dibiarkan dan harus diberi pengajaran agar menjadi iktibar kepada orang lain.
    Masmin kadad selalu membuat kenyataan tidak berfakta, semborono membuat tuduhan...kita sangat kenal siapa orang ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita siasat dulu...rilek bah....belum terungkai lagi semua...baru sikit tu isu yang keluar..hehe....."kita sangat kenal siapa orang ini"...betul ka ni?kau kenal ka dia ni?kalau kau kenal dia ni,kau nda akan ckp macam ni....

      Padam
  2. tak kenal maka tak cinta...bila kenal banyak cerita tau tak payah cerita....bila terkena uuummm.

    BalasPadam