MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 17 Jun 2012

PM LULUS RM235 JUTA UNTUK BINA LOJI RAWATAN AIR DI KENINGAU


Oleh: MOHD KHAIRY ABDULLAH DAN ROSANNA EDEZA
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM235 juta untuk membina sebuah loji rawatan air baru di Keningau, sebagai langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan air penduduk itu di sini.
Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran dokumen diantara Malaysia - Berunai mengenai pembangunan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau di Kg. Karamatoi sook.
   Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan peruntukan itu semasa berucap di pelancaran pesta ka’amatan peringkat kebangsaan berkata, projek loji baru itu antara lain membabitkan kerja pembinaan lima tangki simpanan air, pemasangan paip air mentah sepanjang empat kilometer serta paip transmisi sepanjang 42.8 kilometer.
   Pelancaran pesta ka’amatan peringkat kebangsaan dilangsungkan di padang Kompleks sukan Keningau, dan dihadiri kira-kira 30,000 orang pengunjung.
   Najib berkata, projek itu dijangka dimulakan dalam masa terdekat dan mengambil masa 35 bulan untuk disiapkan.
   Apabila siap nanti, ia akan memberi faedah kepada kira-kira 200,593 orang, termasuk pengguna baru menjelang 2030.  
   Perdana Menteri itu memberitahu, proses reka bentuk projek itu sudah disiapkan dan kini dalam proses penyediaan dokumen tender.
Najib melakukan upacara pecah tanah lokasi pembangunan
 DATUK GHANI YASSIN (Tengah)
   Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno yang merupakan ADUN bagi lokasi pelancaran pesta itu turut hadir – beliau merupakan Ketua Umno Bahagian P. 180 Keningau.
   Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri sabah, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal serta Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
   Terdahulu ketika merasmikan bangunan Pusat Kraftangan Sabah, Najib berkata, pembinaannya satu contoh bagaimana rakyat Sabah terus mendapat manfaat hasil kerjasama rapat antara kerajaan negeri dan Pusat.
   Katanya, rakyat Sabah memang layak memiliki kemudahan itu sejajar kekayaan kreativiti, kesenian dan bakat rakyat negeri ini yang berpotensi dibangunkan hingga ke peringkat lebih tinggi.
   “Potensi negeri ini amat besar. Sebab itu, kita mempunyai agenda besar untuk Sabah, kita mempunyai perancangan yang jitu dan jelas,” katanya.
   Katanya, menerusi proses tranformasi, ia turut mensasarkan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar Bandar, serta menegakkan keadilan sosial  termasuk memastikan rakyat di pedalaman menikmati pendapatan dan kemudahan asas yang lebih baik.
   Ketika melancarkan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) di Kg. Karamatoi Sook – 35Km dari Bandar kecil Keningau, Perdana Menteri member amaran kepada pemimpin pembangkang supaya jangan berbohong dan menipu rakyat, dengan menaburkan janji-janji kosong.
   “Janji-janji pembangkang yang tak ada guna, mereka janji macam-macam kepada rakyat, tetapi tidak tahu dari mana mereka memperolehi duit untuk janji itu,” katanya.
Komuniti remaja Murut yang begitu setia menunggu ketibaan PM
   Pusat ternakan Bersepadu Keningau dibangunkan di atas tanah seluas 834 hektar yang membabitkan pelaburan bernilai RM763 juta.
   KILC merupakan salah satu projek ‘flagship’ bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC), dan sebuah Pusat Ternakan Bersepadu yang pertama seumpamanya di Sabah dan Malaysia.
   Pusat itu dijangka menghasilkan 6 juta liter susu setahun daripada 2000 ekor lembu betina yang disasarkan, bagi memenuhi keperluan pengguna domestic, semenanjung dan Negara Berunai Darussalam.
   Ia juga mengwujudkan peluang pekerajaan bagi menjana kuasa beli dikalangan rakyat setempat.
   Najib berkata, pusat ternakan itu bukan sahaja mercu tanda kejayaan Koridor Pembangunan Sabah, tetapi symbol kejayaan bagi kesemua jabatan dan agensi kerajaan di Sabah.
   Pelancaran itu disaksikan oleh kira-kira 20,000 penduduk setempat yang diketuai oleh Ketua Umno Bahagian P. 180 Pensiangan Datuk Ghani Yassin.
   Majlis gilang-gemilang yang dihadiri oleh ketua Negara itu merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan Nasional (BN) di kawasan Pensiangan.
   “Satu kejayaan kepada Datuk Ghani,” jelas para pemimpin persekutuan yang turut menghadiri majlis itu.


1 ulasan:

  1. kenapa 235 juta itu dinama kan pinjaman bukan peruntukan,maksudnya kita sebagai pembayar bil air akan menanggung pembayaran pinjaman tersebut,kena tipu lah kita di pendalaman ini,sudah lah harga getah tidak sama antara daerah dan negeri contohnya kenapa harga di tuaran mahal 20 sen dari di pendalaman,dan begitu juga harga getah di malaya dan sabah serta serawak....fikir lah wahai KDM jangan kena tipu lagi

    BalasPadam