MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 19 Jun 2012

RESEPI EKONOMI PEMBANGKANG BOLEH HANCURKAN NEGARA --- Najib


Oleh: MOHD KHAIRY ABDULLAH DAN ROSANNA EDEZA
Dato' Seri Najib Tun Razak disambut oleh puluhan ribu rakyat di Keningau
SOOK (Sabah, Malaysia): Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa resepi ekonomi pembangkang, boleh menyebabkan kehancuran kepada Negara.
   Memberitahu ketika berucap di majlis pecah tanah Pusat Ternakan Bersepadu Keningau yang terletak di Kg. Karamatoi Sook, Najib berkata;
   “Nasib Malaysia sama seperti Negara-negara yang telah hancur, sekiranya janji pembangkang dilaksanakan,”.
   Katanya sesetengah Negara yang cuba mengagihkan kekayaan tanpa memiliki kemampuan, mengalami kehancuran ekonomi yang amat teruk.
   “Pembangkang janji hendak bagi pendidikan percuma, hendak hapuskan tol dan janji macam-macam perkara, tetapi tidak sebut daripada mana duit itu datang. Adakah jatuh dari langit atau turun dari Gunung Kinabalu?,” katanya.
   Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau tahu kerana beliau merupakan seorang Menteri Kewangan, dan meminta pembangkang tidak berbohong dan menipu rakyat.
   Jelasnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah terbukti berjaya mengurus ekonomi negara dengan baik, sehingga mampu menjana pendapatan Negara.
   “Ini jelas terbukti apabila hasil negara melonjak kepada RM26 billion pada tahun lalu,” katanya.
   Dalam pada itu katanya, kemampuan kerajaan melaksanakan program perubahan dan bantuan kepada rakyat, dilakukan berdasarkan kepada formula berhemah.
   “Contohnya apabila kita berjaya menjana pendapatan, baru kita belanja. Lebih banyak pendapatan lebih banyak kita belanja,” jelasnya.
   Sebab itu tegasnya, kerajaan mampu berbelanja untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerana kerajaan memperolehi hasil tambahan melalui projek besar, badan korporat serta daripada hasil yang dikumpul.
   Kira-kira 20,000 penyokong BN menghadiri majlis itu yang  diketuai oleh Ketua Umno Bahagian P. 180 Pensiangan, Datuk Ghani Yassin.
   Mengiringi Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan