MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 6 Julai 2015

AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN MEDIA

Mohd Khairy Abdullah
KENINGAU: Tan Sri Joseph Kurup memberi amaran keras kepada pemain media social di negara ini, supaya tidak menggunakan kemudahan itu untuk memecah belakan perpaduan rakyat.
  “Walaupun kebebasan bersuara dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia bukan bererti kita bersuara sehingga merosakkan perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas meraikan pengamal media dalam satu majlis berbuka puasa di Keningau pada Khamis.
   Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, apa yang sepatutnya pemain media social perlu lakukan ialah menyuarakan sesuatu yang membina dan boleh memperkasakan perpaduan dikalangan rakyat berbilang etnik dan fahaman agama di Negara ini.
   “Rakyat akan lemah untuk menghadapi cabaran mengapai 2020 jika perpaduan kita rosak,” tegasnya dan menambah, kestabilan politik turut terjejas jika perpaduan dikalangan rakyat rapuh disebabkan angkara pemain media social yang tidak beretika.
   Kurup menekankan kepada pemain media social agar menjadikan saluran itu untuk meningkatkan ilmu, selain menjadikan ia sebagai landasan memperkuatkan tali persaudaraan dikalangan rakyat di Negara ini.

   Ketika berucap semasa meraikan pengamal media di majlis berbuka puasa, Kurup berkata, Malaysia menjadi contoh kepada Negara luar dalam menguruskan perpaduan dan keharmonian.
   “Menjadikan rakyat sedar mengenai tanggungjawab bersama bagi memilihara, mengukuh dan mengekalkan perpaduan bukan lah satu perkara mudah, tetapi di Malaysia perpaduan menjadi asas dan tunggak kepada kerukunan masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya.
   Menteri itu memberi penghargaan  kepada pengamal media di Negara ini, kerana berterusan untuk memberi kerjasama kepada kerajaan untuk memperkasakan perpaduan.
   Katanya, media merupakan medium penting dalam membentuk pemikiran masyarakat, khususnya media baru yang menjadi pilihan generasi masakini yang sentiasa terdedah dengan pelbagai maklumat.
   “Jesteru katanya, tanpa sokongan dan dokongan daripada media usaha kerajaan untuk membangunkan rakyat khususnya dalam mengekalkan dan memperkukuhkan perpaduan rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
   Jelasnya, dasar langit terbuka ternyata bukan sahaja merancakkan sebaran dan tebaran ilmu, serta maklumat dan pengetahuan melalui media, tetapi turut menyulitkan usaha untuk mengawalnya.

   Di akhir ucapan sebelum berbuka puasa, Kurup menitipkan harapan agar media dapat memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan, dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu, hormat menghormati, bertoleransi serta mengamalkan konsep kesederhanaan seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak.
   Yang hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intigerasi Malaysia, Hj. Halim Omar, Pegawai Daerah Keningau, Hj. Yusof Osman, Pegawai Daerah Nabawan Fredie Gan serta ketua ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.
 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan