MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 16 April 2012

ANAK-ANAK DUSUN DAN MURUT PERLUKAN PTPTN -- Peribumi


TUN MAHATHIR MOHAMAD
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi) menyokong pandangan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahawa pinjaman PTPN boleh dimansuhkan kepada mereka yang tidak memerlukan.
TUN MAHATHIR, TUN ABDULLAH DAN DATO NAJIB
   Namun bagi keseluruhan rakyat di Negara ini tegas kelab pertubuhan itu, PTPTN masih relevan dan amat diperlukan.
   “Khususnya anak-anak kaum Dusun dan Murut di kawasan pedlaman Sabah, bantuan itu (PTPTN) amat diperlukan,” jelas Peribumi dan menambah;
   Kesederan kaum Dusun dan Murut terhadap pentingnya ilmu sedang meningkat, dan bantuan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu amat penting.
   “Anak-anakkami ( Dusun dan Murut) mempunyai kepintaran dalam akademik, mereka mahu belajar sehingga ke peringkat yang tinggi sama seperti anak orang-orang kaya, jesteru PTPTN itu amat penting bagi kami,” tegas Peribumi.
   Peribumi memberitahu, cadangan pemansuhan bantuan PTPTN seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang – Datuk Seri Anwar Ibrahim, disambut baik oleh rata-rata penyokong pembangkan di kawasan pedalaman, dan pertubuhan itu menegaskan mereka (penyokong pembankang pedalaman) tidak perlu memohon bantuan itu untuk anak-anak mereka.
   “Pembangkang tidak memerlukan PTPTN, jadi mereka tidak perlu diberikan malah bantuan PTPTN anak-anak pembang juga perlu ditarik semula,” jelas pertubuhan itu.
   Kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu menambah, Anwar merupakan pemimpin yang bertanggungjawab untuk menubuhkan PTPTN ketika beliau seorang menteri kewangan Malaysia, dan menjawat Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997.
   Tetapi hari ini beliau menyifatkan ia tidak perlu jika beliau menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya ke-13.
   “Kaum Dusun dan Murut harus menyedari bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik, dan apa yang beliau akan lakukan adalah untuk kepentingan peribadi,” dedah Peribumi.
   Peribumi mengingatkan kaum Dusun dan Murut supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang, dan terus memperkasakan sokongan terhadap kerajaan.
   “Kita sudah mempunyai kerajaan yang baik,” jelas kelab itu.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan