MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 24 April 2012

PERANGI KEMISKINAN --- Datuk Sairin


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Karno memberitahu pada lewat Ahad, bahawa rakyat perlu memberi tumpuan terhadap perjuangan untuk memerangi kemiskinan.
Datuk Sairin (tengah) bersama penduduk Kg. Meninipir
   “Ini adalah tugasan kita yang amat berat dan memerlukan kesepaduan,” katanya ketika ditemui di Kg. Meninipir dalam satu majlis Santai Bersama Rakyat.
   Untuk tugasan itu kata Sairin, rakyat dan pucuk pimpinan kerajaan perlu berganding bahu untuk memerangi kemelut itu.
   “Sebab itu saya menekankan bahawa rakyat tidak seharusnya membuang masa dengan begitu sahaja untuk menyertai perjuangan pembangkang yang tidak mempunyai hala tuju,” jelasnya.
   Katanya, missi kerajaan amat jelas dan rakyat harus bersatu padu untuk menyokong setiap perlaksanaan missi tersebut.
   Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Sairin yang merupakan wakil rakyat kawasan N. 34 Liawan memberitahu, rakyat perlu berani untuk menerokai bidang yang menjanjikan pulangan yang lebih besar seperti pertanian dan perladangan.
   Beliau menyentuh mengenai perladangan getah yang kini menjadi sumber kekayaan utama rakyat di kawasan pedalaman, dan telah melahirkan ramai penduduk yang memperolehi pendapatan lima angka sebulan.
   Jesteru katanya, rakyat seharusnya memberi tumpuan terhadap usaha memperkasakan sosio ekonomi, dan tidak membazirkan masa untuk menyertai aktiviti yang tidak memberi sebarang hasil seperti menjadi pengikut kepada perjuangan pembangkang.
   Sairin menekankan untuk keluar daripada kemelut kemiskinan, ianya bermula daripada diri sendiri.
   “Sama ada kita mahu terus miskin atau mewah, soalan itu hanya mampu untuk dijawab oleh diri sendiri,” katanya.
   Selain getah katanya, perladangan kayu gharu yang kini menjanjikan harga sehingga RM30,000 sekilogram, merupakan satu lagi aktiviti pertanian yang perlu disertai oleh rakyat di kawasan luar Bandar.
   Katanya, rakyat yang lebih awal menyedari peluang keemasan itu kini sedang meraih hasil yang amat lumayan.
   “Cerita kayu gharu, sama seperti sejarah bagaimana payahnya menanamkan keyakinan rakyat terhadap potensi sawit pada 20 tahun yang lalu, tetapi kini mereka yang cekal dan yakin terhadap diri sendiri sedang menikmati kekayaan sawit,” tambahnya.
   Sairin mahu supaya rakyat lebih proaktif terhadap dasar-dasar pembangunan kerajaan, dan sentiasa menanamkan sikap positif terhadap setiap perubahan.
   Majlis santai bersama rakyat itu dianjurkan oleh badan JKKK dan Surau Kg. Meninipir yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
   Sebelum menghadiri majlis itu, Sairin yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian P. 180 Keningau, menunaikan solat jemaah maghrib bersama penduduk di Surau Nurul Iman Kg. Meninipir.
   Beliau turut diberi penghormatan untuk menyampaikan takziran untuk jemaah surau itu pada selepas solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan