MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Rabu, 25 April 2012

STAR TIDAK MAMPU GUGAT BN PADA PILIHANRAYA KE-13 --- Datuk Sairin


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno berkata pemimpin parti Star, enggan menyahut cabarannya untuk berdebat kerana menyedari bahawa parti itu tidak akan berupaya untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya yang akan datang.
Datuk Sairin menerima cenderhati daripada OKK Amir Arif
   “Saya tahu dan rakyat mengetahui bahawa Star tidak tidak mampu untuk menggugat BN pada pilihanraya ini,” katanya pada Isnin.
   Sebelum ini Sairin memberitahu bahawa beliau bersedia untuk berdebat dengan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang merupakan pengerusi parti Star bagi Sabah, bagi mengungkai isu-isu Borneonisasi yang diputar belikan oleh pemimpin pembangkang itu.
   Cabaran itu bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada Jeffrey, namun beberapa pemimpin parti itu memberitahu bahawa Sairin kononnya tidak layak untuk berdebat dengan mantan pengarah Yayasan Sabah itu.
   Bagaimanapun Sairin berkata, bukan Jeffrey sahaja yang mempunyai keupayaan untuk bercakap mengenai masa depan negeri Sabah, kerana menurutnya isu Borneonisasi yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti Star sudah lama selesai.
   “Empat orang pemimpin dari Sabah berjawatan menteri penuh, dan yang lain Timbalan Menteri … apa lagi yang pembangkang mahu,” katanya dan menambah, kebanyakan kementerian persekutuan yang diterajui oleh pemimpin Sabah merupakan kementerian penting dan terkanan.
   Jesteru Sairin mengingatkan pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya parti Star supaya berhenti daripada mencanang isu-isu yang tidak lagi relevan, dan boleh mengelirukan rakyat.
   “Saya mahu anda (pemimpin Star dan pembangkang yang lain) supaya tidak menganggu rakyat di kawasan pedalaman,” katanya.
   Berucap ketika merasmikan penutupan seminar sehari dan penjelasan isu semasa bersama pemimpin adat di seluruh Sabah sepanjang Tahun 2012 di Keningau, Sairin mengingatkan ketua-ketua adat khususnya Ketua Kampung, Wakil Ketua anak Negeri dan Ketua Anak Negeri supaya memainkan peranan untuk mengekang pengembangan fahaman pembangkang di kawasan masing-masing.
   “Tugas anda amat penting di sini,” katanya.
   Terdahului ketika menyempurnakan upacara pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri Keningau yang berharga RM4.5 juta, Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, dan Wakil Rakyat N. 34 Liawan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat serius untuk membangunkan rakyat tanpa mengira warna kulit dan fahaman agama.
   “Rekod kerja kerajaan BN sudah terbukti, dan anda sedang menikmatinya pada ketika ini,” katanya.
   Beliau menekankan bahawa jika semua pihak mensyukuri keihkhasan kerajaan, tidak ada sebab calon-calon BN di negeri ini khususnya kawasan pedalaman pada pilihanraya ke-13 boleh kalah.
   Katanya, apa yang penting pada ketika ini ialah rakyat harus menyedari bahawa perpaduan itu amat penting, dan kerajaan yang stabil seperti BN perlu diberi sokongan yang berterusan.
   Hadir di majlis itu ialah Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Zakaria Hj. Edris, kedua-dua Ketua Daerah Keningau – OKK Amir Datuk Arif dan OKK Majabin Dalinus, Ketua-ketua jabatan persekutuan negeri dan persekutuan serta pemimpin-pemimpin parti kompenan BN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan