MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 26 Julai 2012

RAKYAT SABAH HIDUP SELESA DALAM MALAYSIA


 Oleh: Mohd Khairy Abdullah
Datuk Sairin Hj. Karno terima sijil kepimpinan daripada komuniti Keningau
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Hj. Karno pada Isnin berkata di Keningau, bahawa rakyat Sabah sepatutnya bersyukur kerana mampu tidur lena  dalam sebuah Negara yang aman seperti Malaysia.
   “Bayangkan jika kita berada dalam sebuah Negara yang rakyat sentiasa dalam situasi ketakutan,” katanya.
   Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Sabah yang pada ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara dituntut oleh beberapa Negara jiran.
DATUK SAIRIN
   Sairin yang begitu kesal dengan pemimpin pembangkang yang tidak henti-henti menimbulkan isu-isu berkaitan borneosasi, semata-mata untuk meraih sokongan daripada rakyat menegaskan, rakyat perlu berfikir secara bijak ketika berhadapan dengan pembangkang.
   Katanya, hala tuju politik pembangkang di Sabah terlalu kabur, selain menimbulkan sintemen membenci kerajaan.
   “Pembangkang mengajar rakyat untuk benci kerajaan,” katanya dan menambah, pembangkang meletakkan mereka umpama ‘lampu aladin’ yang memiliki segala kuasa apabila berkuasa nanti.
   Namun Sairin berkata, pembangkang tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding kerajaan yang sedia ada, dan mereka juga tidak mampu untuk menggugat kerajaan pada pilihanraya ke-13 ini.
   “Apa yang saya tegaskan di sini ialah BN berkuasa semula di negeri ini selepas pilihanraya,” katanya.
   Sairin yang merupakan Wakil Rakyat N. 34 Liawan menasihatkan rakyat supaya bijak membuat keputusan dengan tidak terpengaruh dengan janji-janji kosong pembangkang.
   “Rakyat Sabah selesa dalam Malaysia,” tegasnya.
   Menjawab satu soalan, Sairin memberitahu bahawa mereka yang berada dalam pembangkang terdiri daripada yang kecewa dan tidak mendapat tempat dalam kerajaan.
   Katanya, apa yang sedang mereka lakukan ialah untuk menegakkan benang yang basah, dan menimbulkan isu-isu yang sensetif dan tidak masuk akal untuk meraih simpati daripada rakyat.
   “Pastikan anda tidak terpengaruh,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan