MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 7 Julai 2012

PEMBAHAGIAN HASIL GETAH 50-50 SUDAH LAPUK --- Datuk Sairin


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Isu pembahagian harga getah – Datuk Sairin Karno berkata amalan pembahagian hasil getah yang menggunakan kaedah 50-50, diantara pekebun dan penoreh sudah terlalu lapuk dan tidak boleh digunapakai lagi pada ketika ini.
Datuk Sairin Hj. Karno menunjukkan bakat menoreh
   Katanya kaedah itu perlu ditukar kepada bahagi tiga iaitu pekebun memperolehi dua bahagian dan penoreh satu bahagian.
   “Dengan kaedah ini pekebun yang terdiri daripada penduduk tempatan dapat menikmati kenaikan harga getah yang sebenar,” katanya.
   Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu berkata, jika harga getah terkini bernilai RM4.40 sekilogram, pekebun hanya menikmati setengah daripadanya iaitu RM2.20 sen sekilogram yang meletkkan mereka berada diparas rugi.
   Menurutnya, walaupun penoreh yang kebanyakannya warga asing memperolehi setengah daripada hasil tersebut, namun mereka masih diparas untung kerana tidak terlibat dalam urusan penyediaan dan penjagaan kebun getah tersebut.
   Sairin menekankan kaedah yang beliau cadangkan itu sebahagian daripada kekangan terhadap kebanjiran warga asing, yang menjadi penoreh getah kepada hampir 80 peratus di kebun-kebun getah milik penduduk tempatan.
   Katanya keghairahan penduduk tempatan untuk mengambil warga asing sebagai penoreh getah di kebun mereka, disebabkan warga tersebut dikatakan kurang memberi tekanan berbanding waga tempatan sendiri.
   Selain rajin bekerja, warga asing dinobatkan sebagai golongan yang jujur dan mudah diarah untuk melakukan pelbagai kerja lasak.
   Kebanyakan penduduk tempatan di kawasan pedalaman pula memiliki kebun getah sekurang-kurangnya 15 ekar, namun hanya 20 peratus daripada mereka yang melakukan penorehan sendiri.
   Sairin yang merupakan wakil rakyat Liawan berkata,  ghairah menjadi tuan atau taukeh dikalangan pemilik kebun getah di sini telah menjadi satu trend, menyaksikan perlumbaan berkulikan warga asing semacam satu tabit buruk penduduk disini.
   Beliau mahu budaya itu dikikis dengan segera.
  Katanya harga getah kepingan pada masa kini masih diparas terbaik berbanding sepuluh tahun yang lalu, tetapi pekebun masih menanggung kerugian jika mengamalkan kaedah lama.
   Kerajaan sentiasa peka terhadap nasib pekebun kecil getah di negeri ini, dan kenaikan harga yang diberikan merupakan satu terjemahan keperihatinan pemerintah terhadap golongan tersebut.
   Sungguhpun demikian katanya, pekebun perlu kreatif untuk melaksanakan kenaikan harga tersebut dengan tidak menjadikan mereka dipihak yang masih rugi.
   Sairin ditemui ketika melawat kawasan pilihanraya di Liawan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan