MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 7 Julai 2012

MINAMASOK DIDAFTARKAN

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Secara rasmi Minamasok didaftarkan, namun ia bukan parti politik juga tidak ada kaitan langsung dengan parti Pasok, tetapi sebuah pertubuhan yang dinamakan Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara Sabah.

LOGO MINAMASOK
Presiden Minamasok Dimie menerima sijil pendaftaran
   “Minamasok bebas daripada sebarang pengaruh politik, tetapi rumah dan payung yang besar kepada bangsa terbesar di Sabah, iaitu Dusun,” jelas presiden persatuan itu Dimie Guntop, 67.
   Kelulusan pendaftaran  persatuan itu bertarikh pada 29 Jun, seperti yang tertera dalam sijil yang dikeluarkan olej Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di Kota Kinabalu.
   Minamasok  diasaskan di Keningau dan berjuang untuk meningkatkan sosio ekonomi, pelajaran dan memertabatkan suku kaum Dusun diperingkat global.
   Ditubuhkan pada 18 Mei lepas melalui garapan pemikiran sekumpulan ahli perniagaan dan ahli-ahli akademik suku kaum itu, Dimie memberitahu pada Jumaat;
   “Minamasok terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Dusun,”.
   Katanya, slogan persatuan itu ialah ‘Dusun Berwawasan Dipersada Global’.
   “Kami tidak mendabik dada dengan persatuan yang sedia ada dan digarap berasaskan kaum yang sama, tetapi kami mahu sesuatu perubahan yang memberi makna secara reality kepada Bangsa Dusun,” katanya.
   Suku kaum Dusun yang ingin menyertai persatuan itu boleh menghubungi talian 013-5526661 atau 019-5317775 untuk mendapatkan borang keahlian, atau sebarang pertanyaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan