MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Rabu, 12 Februari 2014

ADENAN SATEM KM BARU SARAWAK

TERKINI
TAN SRI ADENAN SATEM
KUCHING (Sarawak, Malaysia)  -- Teka- teki tentang siapa yang berkemungkinan mengambil alih teraju kepimpinan Sarawak berakhir apabila Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menamakan penggantinya selepas mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin hari ini.

Taib mengumumkan bahawa Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai penggantinya dalam sidang akhbar yang penuh sesak selepas majlis menghadap di Astana Negeri di sini.

Surat peletakan jawatan berkuat kuasa 28 Feb dan ketua menteri baharu akan mengangkat sumpah pada hari sama.

Terkenal sebagai sekutu rapat Taib, Adenan, 68, juga adalah bekas naib presiden kanan PBB.

Adenan merupakan antara tiga calon yang dicadangkan oleh kaukus PBB pada Sabtu lepas dengan dua lagi calon ialah Timbalan Presiden parti Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Pelantikannya itu bermakna Adenan akan menjadi anak Melayu pertama dilantik sebagai ketua menteri Sarawak.

Memandangkan Taib adalah seorang Melanau seperti pendahulunya yang juga bapa saudara beliau, Tun Abdul Rahman Yakub, timbul tanggapan bahawa beliau lebih menyukai seorang Melanau untuk mengambil alih jawatan itu daripadanya.

Dua Ketua Menteri pertama, mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan mendiang Datuk Tawi Sli adalah orang Iban.

Sebelum pelantikannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri, Adenan berkhidmat sebagai menteri muda pembangunan tanah negeri, menteri pembangunan tanah negeri, menteri pembangunan sosial negeri, dan menteri pertanian dan industri makanan negeri di bawah kepimpinan Taib.

Beliau kemudian dilantik sebagai menteri sumber asli dan alam sekitar di peringkat persekutuan tetapi meletak jawatan pada 2006 untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang akan membuka laluan kepada beliau mengambil alih jawatan ketua menteri.

Bagaimanapun, Taib belum bersedia untuk berundur, oleh itu membawa kepada perselisihan faham antara mereka.

Bagaimanapun, mereka berbaik-baik semula dan Adenan dilantik menganggotai Kabinet negeri sebagai menteri tugas-tugas khas di Pejabat Ketua Menteri selepas beliau memenangi kerusi Tanjong Datu dalam pilihan raya negeri 2011.

Kembalinya Adenan untuk aktif berpolitik ketika itu menyemarakkan lagi spekulasi bahawa beliau kemungkinan besar calon untuk menggantikan Taib.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Adenan dipersiapkan untuk mengambil alih jawatan ketua menteri memandangkan Taib sendiri adalah menteri tugas-tugas khas peringkat persekutuan dari 1975 hingga 1978.

Sungguhpun Abang Johari, seorang menteri perumahan negeri yang peramah, mengalahkan Adenan bagi jawatan timbalan presiden PBB, beliau dianggap sebagai mesra Umno.

Sebaliknya, Awang Tengah, yang juga menteri perancangan dan pengurusan sumber negeri, tidak dipilih berikutan dakwaan timbul bantahan daripada beberapa anggota Kabinet negeri memandangkan beliau masih muda dan kurang berpengalaman.

Terdapat juga khabar angin bahawa anggota Kabinet mungkin meletak jawatan beramai-ramai sekiranya Awang Tengah dilantik, bagaimanapun mereka sedia menerima sama ada Adenan atau Abang Johari.

Bagaimanapun, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berpendapat Abang Johari layak menduduki jawatan itu disebabkan beliau sangat dihormati oleh semua kaum dan amat berpengalaman, di samping menjadi pemimpin kanan PBB.

Berikutan pelan peralihan kini berada di tempatnya, Barisan Nasional dan PBB perlu menenangkan komuniti Iban setelah Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB (I) Tan Sri Alfred Jabu Numpang, yang merupakan anggota paling kanan dalam Kabinet negeri, dibiarkan sahaja.

Tindakan mengetepikan Jabu mungkin tidak diterima baik oleh sesetengah daripada komuniti Iban yang merasakan beliau sepatutnya diberi jawatan itu.

Jabu, yang mengelak daripada bertemu media sejak akhir-akhir ini, berkata beliau akan menamatkan kerjaya politiknya sebaik sahaja Taib berundur.

Apabila ditinjau kembali, kira-kira 20 tahun lepas Taib pernah berkata beliau mempersiapkan Abang Johari, Adenan dan bekas menteri persekutuan Datuk Seri Effendi Norwawi untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. --- Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan