TERKINI

Amaran itu dikeluarkan selepas Gunung Kelud, yang dianggap antara gunung berapi yang berbahaya, mula meletuskan lahar di kawasan padat penduduk di pulau utama Indonesia itu, lewat malam tadi.
Siaran televisyen menunjukkan batu panas
menuruni luruh gunung berdekatan perkampungan, menyebabkan penduduk bergegas
menaiki kereta dan motosikal untuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.

“Hujan debu, pasir dan batu menimpa sehingga ke kawasan 15 kilometer dari kawah gunung," katanya.
Gunung Kelud setinggi 1,731-meter sudah mengorbankan lebih 15,000 nyawa sejak 1500, termasuk kira-kira 10,000 kematian dalam letusan paling dahsyat pada 1568.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan