PENYANYI popular Alyah, 30, menepis
dakwaan gosip bahawa dirinya sudah pun berkahwin dengan mengambil tindakan
enggan memberi komen mengenai isu bertunang dan berkahwin lagi.
ALYAH |
"Saya tidak mahu komen isu bertunang atau kahwin lagi.
Memang kami sudah lama berkawan rapat. Namun, untuk melangkah ke fasa
seterusnya belum lagi kerana kami dalam proses mengenali hati budi.
Insya-Allah, jika sampai masa sesuai nanti, saya umumkan berita baik itu kepada
pihak media dan peminat," kata pelantun lagu "Kisah Hati" itu.
Terdahulu, menurut sebuah portal hiburan, Alyah atau nama
sebenarnya Norhasliah Abu Hassan didakwa berkahwin secara rahsia dengan
pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS selepas kepulangan penyanyi itu dari
menunaikan ibadat umrah. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah tinggal
bersama di Bandar Kinrara, Puchong selepeas mendirikan rumah tangga.
Jika sebelum ini Alyah lebih terbuka berbicara hal
peribadi, namun kini dia mengatakan akan lebih berhati-hati dalam memberi komen
mengenai isu ini selepas gosip tersebut tersebar kerana dia adalah seorang
wanita dan percaya pada jodoh yang telah ditetapkan.
"Saya juga tidak mahu cakap ya atau tidak isu tunang
atau kahwin lagi kerana bimbang ia melukakan hati keluarga kedua-dua belah
pihak. Apatah lagi, keadaan ibu saya juga kurang sihat kerana menghidap
penyakit jantung. Terus terang kerana dikaitkan dengan isu dan pelbagai
kontroversi, kerjaya seni saya turut merosot.
"Justeru, saya harap semua pihak memahami keadaan saya
sekarang," kata Alyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan