MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 18 Julai 2013

HATTAN DAN ARIANIE KAHWIN LAGI



DATIN ARIANIE
TARIKH 24 Julai ini merupakan hari bersejarah buat penyanyi Hattan dan bekas isterinya, Arianie kerana akan mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Majlis pernikahan tersebut akan berlangsung di JW Marriott Hotel di Putrajaya pada jam 5.30 petang.  
  Menurut Hattan ketika ditemui baru-baru ini, majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan dan akan dihadiri oleh 200 orang tetamu termasuk keluarga dan teman rapat pasangan tersebut. 
   Hattan dan Arianie mula berbincang secara serius untuk membina rumahtan
DATO HATTAN DAN DATIN ARIANIE
gga buat kali kedua semenjak dua bulan lalu selepas masing-masing bersetuju untuk memulakan episod baru dalam hidup mereka. 

   “Saya lihat kesungguhannya untuk mengambil saya sebagai surinya jadi saya terus bersetuju menerimanya semula. Hati saya sudah terbuka untuk menikahinya semula,” kata pramugari kanan syarikat penerbangan Malaysia Airlines ini. 
   “Saya juga redha dengan ketetapan Allah S.W.T. pada kami berdua. Terlalu banyak pengalaman hidup yang kami lalui dan akhirnya kami dapat bersama semula. Lagi pun, selepas bercerai dulu, Hattan masih menunjukkan sifat caring beliau terhadap saya,” kata Arianie.
   Tahun lalu, Arianie telah bertunang dengan seorang duda beranak tiga dan dijadualkan untuk mendirikan rumahtangga tidak lama selepas itu. Namun, perhubungannya dengan jejaka tersebut berkecai di pertengahan jalan, ‘kerana kami tidak serasi bersama,” kata wanita tinggi lampai ini. 
   Kebetulan pada waktu yang sama, perkahwinan kedua Hattan dengan Noorfarashikin Othman dilanda kemelut dan akhirnya berakhir pada November tahun lalu selepas dua bulan berkahwin.
   “Jodoh kami terlalu kuat. Walaupun kami sudah bercerai, kami sangat ‘transparent’ dan banyak berkongsi tentang kehidupan peribadi masing-masing dan selama ini tidak pernah timbul perasaan cemburu atau iri hati terhadapnya. Rupa-rupanya, sudah tersurat yang kami akan bernikah semula,” kata Arianie yang memang sinonim dengan watak peramah dan periangnya.
   Kata Arianie, perancangan majlis perkahwinan mereka telah diserah bulat-bulat atas budi bicara Hattan termasuk dari aspek lokasi, menu dan tetamu.
   Hattan dan Ariani pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Mereka telah dikurniakan seorang putera, Adam Eiman, 14 hasil perkongsian hidup selama 11 tahun. 
   “Alhamdulillah … anak kami, Adam sangat cool selepas kami memberitahunya tentang hasrat kami untuk bernikah semula,” kata Arianie sambil tertawa kecil.
Hattan nikah semula dengan bekas isteri
   Hattan yang berada di sisi Arianie sepanjang perbualan kami, hanya tersenyum lebar mendengar respon bakal isterinya itu. 
   “Saya sangat menyayangi Arianie. Dia teman hidup dan saya berasa cukup bahagia bila bersamanya. Yang menariknya, keluarga saya turut menyayanginya,” kata Hattan yang mengambil keputusan untuk menikahi Arianie semula selepas selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah Jun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan