MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 18 Julai 2013

RCI: Saksi beritahu panel desak wakil rakyat tidak ganggu tugas Imigresen

SAKSI Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah meminta ahli politik negeri berkenaan tidak campur tangan dalam urusan dan tugas pasukan Imigresen.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ismail Ahmad ketika memberi keterangan di hadapan lima panel inkuiri berkata, cadangan itu diutarakannya ketika mengetuai Makmal Pengurusan Khas bagi membincangkan isu warga asing di Sabah pada 2010.
"Antara cadangan kami adalah kepada semua Yang Berhormat supaya tidak mengganggu Imigresen buat kerja. Cadangan itu dipersetujui Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) namun belum dilaksanakan," katanya.
Ismail adalah Timbalan Pengarah Imigresen Sabah yang mengetuai makmal berkenaan pada ketika itu.
Beliau berkata, makmal itu berlangsung selama sebulan dan merangkumi 30 pegawai kerajaan yang bertanggungjawab membuat kajian, analisisis dan memberi cadangan serta mekanisme efektif bagi mengesan dan memantau warga asing di Sabah.
"Cadangan kami ialah mengeluarkan surat kepada semua wakil rakyat tidak campur tangan urusan Imigresen," katanya di hadapan panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Memberi cadangan bagi membendung pemberian kewarganegaraan secara haram di Sabah, Ismail berkata pihaknya berpendapat semua jenis dokumen yang diberi kepada pendatang asing ditukar kepada Pas Residen.

"Pas Residen mengatasi kepelbagaian dokumen yang ada untuk warga asing di Sabah yang membolehkan anak-anak mereka bersekolah, bekerja dan menetap tetapi tidak boleh diberi kerakyatan," katanya.

Sejak penyertaan Sabah ke Malaysia, negeri berkenaan mengeluarkan beberapa jenis dokumen pengenalan diri untuk pendatang asing, antaranya 'Kad Burung-Burung' yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri, selain 'Kad IMM13' yang dikeluarkan kepada pelarian perang, kad pengenalan dengan tarikh luput serta kad penduduk tetap.

"Yang ada kad penduduk tetap, anak mereka boleh mendapat kewarganegaraan tetapi tidak bagi pemegang Pas Residen. Kita sudah bentang kepada Kabinet Sabah tapi mereka belum laksanakan," katanya apabila ditanya perbezaan antara kedua-dua kad itu.

Isu pendatang tanpa izin di Sabah menjadi kebimbangan masyarakat tempatan berikutan kehidupan sosial dan politik mereka tergugat.

Lebih-lebih lagi 'Projek IC' yang didedahkan dalam inkuiri mendapati warga Filipina dan Indonesia memperoleh kad pengenalan secara haram dan mengundi dalam pilihan raya.

Beberapa saksi warga Filipina, Indonesia dan Pakistan mendedahkan mereka memperoleh dokumen itu secara haram, malah inkuiri itu juga mengesan kad pengenalan palsu ketika menyoal siasat warga Indonesia sebelum ini. 4 Julai, 2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan