ANWAR IBRAHIM |
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam)
mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu
dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta
(RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China,
Singapura dan Israel.
"Perkara ini tersebar luas dalam
internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah
dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul
menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai
maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh
akaun dibuka dan tarikh matang.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan
menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan
dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan
diplomatik dengan negara itu.
Dakwaan itu mengundang
tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang
mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa
mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
untuk siasatan.
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun,
satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga
ingin tahu," katanya.
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun
(DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal
berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang
mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks
sekiranya maklumat itu adalah palsu.
Liang mengakhiri perbahasannya dengan
berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji
dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk
Gaza tahun lepas.
"Tahun lepas, di dewan ini ketika
perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza,
Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di
belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.
Persidangan
bersambung esok.
--
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan