PASANGAN SEX BLOGER 'ALVIN DAN VIVIAN |
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pasangan Alvin Tan dan Vivian
Lee akan hadir di Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan polis
berhubung gambar yang mempersenda Ramadan di Facebook mereka.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pasangan itu
akan hadir bersama peguam mereka.
"Mereka hanya memaklumkan kepada polis
untuk serah diri di Bukit Aman, namun cubaan
anggota kami untuk menghubungi mereka gagal," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Pasangan berkenaan mempersenda Ramadan
apabila memuat naik gambar sedang makan
hidangan khinzir, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal yang menyentuh
sensitiviti umat Islam di laman sosial facebook baru-baru ini.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar menasihatkan pasangan itu agar
tampil menyerah diri bagi membantu siasatan polis.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan