PUTERA WILLIAM DAN KATE |
Putera William berada di sisi isterinya ketika dia melahirkan anak pertama mereka.
"Ibu dan anak selamat dan akan bermalam di hospital," menurut keyataan Kensington Palace.
Pada 18 Jul lepas, pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton berkata mereka tidak mengetahui lagi jantina anak sulung tetapi berharap untuk menyambut seorang putera.
Bagaimanapun, Putera William pula mahu anak perempuan.
Kate yang sedang hamil lima bulan ditemui pada satu majlis di St. Patrick Day.
“Saya bertanya kepada baginda sama ada bayi yang dikandung itu lelaki atau perempuan dan baginda menjawab belum tahu lagi,” kata Guardsman Lee Wheeler.
Wheeler menambah yang pasangan diraja itu juga belum menemui nama yang sesuai buat anak mereka tetapi akan meletakkan nama ketiga bagi menunjukkan takhta British -- AP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan