MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 16 Februari 2014

MISSED CALL POPULAR DI INDIA

NEW DELHI (India): Telefon bimbit di India mempunyai banyak kegunaan selain hanya membuat panggilan atau menghantar mesej. Bagi beratus-ratus penduduknya, telefon bimbit hanya satu-satunya teknologi di rumah mereka.
   Keadaan ini menjelaskan mengapa wujud kaedah penggunaan unik telefon di negara itu, yang juga pasaran telefon bimbit paling pantas berkembang dengan 900 juta pelanggan. 

   Membuat panggilan tetapi memutuskannya sebelum diangkat orang yang dipanggil atau missed call amat popular di India dan ia sering digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan ‘mesej’ tanpa dikenakan caj panggilan.
   Kanak-kanak dan pekerja sering menggunakan kemudahan itu untuk ‘berhubung’ dengan ibu bapa atau majikan. Missed call juga digunakan meluas untuk pemasaran.
   Ada stesen televisyen menawarkan perkhidmatan missed call kepada penonton yang mahu diingatkan waktu siaran sesuatu rancangan. Missed call juga popular di Afrika, Filipina dan Bangladesh tetapi di India perniagaan itu diunjur bernilai lebih AS$100 juta (RM330 juta).
   Seorang penulis teknologi yang berpangkalan di Delhi, Prasanto K Roy berkata, syarikat baru Zip Dial membolehkan 100 syarikat seperti Proctor & Gamble, Cadbury, Colgate dan Disney meminta sampel atau perkhidmatan hanya menerusi missed call.
   Dengan lebih 200 stesen radio, India menawarkan pilihan meluas stesen FM kepada pendengar tetapi kebanyakan menikmati radio menggunakan telefon mereka berbanding menggunakan radio. 

JAHIT LIDAH UNTUK KURUS

CARACAS: Walaupun sudah berbelanja sebanyak AS$7,000 (RM23,000) untuk pembedahan hidung dan membesarkan payu dara bagi memenuhi impiannya memenangi Ratu Venezuela, Maya Nava merasakan semua itu tidak pernah mencukupi. Malah gadis berusia 18 tahun itu sanggup mengambil langkah drastik menjahit plastik di lidahnya semata-mata untuk memastikan beliau kekal kurus.
   “Ia membuatkan saya turun berat badan dengan lebih cepat,” katanya kepada rancangan Extreme Beauty Queens: Secrets of South America yang disiarkan oleh BBC3.
   “Anda makan (benda) sama tetapi dalam bentuk cecair,” katanya yang mengakui jahitan lidah akan membuatkan beliau terlalu sakit jika memakan makanan pejal.
   Maya adalah salah seorang daripada ribuan gadis remaja yang terlalu taksub untuk dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela dan keluarga mereka pula akan melakukan apa saja untuk mencapai impian berkenaan.
   “Ia akan memberi jaminan masa depan untuk saya dan keluarga. Ia membolehkan kami untuk meninggalkan kawasan perumahan miskin ini,” katanya.
Keazaman Maya untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beliau tinggal di kawasan perumahan Santa Cruz di Caracas di mana satu pembunuhan dilaporkan berlaku setiap 40 minit.
   Dengan mencatatkan kemenangan paling banyak dalam Ratu Dunia berbanding negara lain dan memiliki 50 juta penonton televisyen bagi pertandingan akhir di peringkat kebangsaan, pertandingan ratu cantik disifatkan sebagai satu perniagaan besar di Venezuela.
   Diselia ‘Raja Kecantikan’ negara itu, Osmel Sousa, 67, peserta menghabiskan masa enam bulan hingga ke peringkat akhir dalam satu ‘bootcamp’ kecantikan di mana kamera sering memerhati mereka dan pembedahan menjadi rutin.
   Miss Venezuela House dikendalikan orang seperti Sousa yang sentiasa memeriksa perkembangan gadis berkenaan dan sering memberikan nasihat. Malah beliau menggunakan ketajaman matanya untuk kesempurnaan bahagian yang perlu diperbaiki.
   Tetapi tidak semua bersetuju dengan pembedahan melampau yang perlu dilalui peserta. Ibu kepada seorang peserta, Lara menegaskan bahawa anak perempuannya enggan melakukan pembedahan kerana ia akan menjadi satu pertandingan yang tidak adil. --Agensi.

DUCHESS OF CAMBRIDGE HAS A BLUE VALENTINE'S DAY


Is the Duchess of Cambridge feeling a little blue that she couldn't spend Valentine's Day with Prince William?
   The 32-year-old royal attended a solo event on Friday -- her second in less than a week. She was attending the opening of an art room at a London-area high school.
   Prince George's mom looked absolutely radiant in a bright, cerulean blue dress by L.K. Bennett. She completed the look with minimal jewelry, including a stunning Cartier watch, and a simple black clutch.
   That's one way to beat the winter blues! Scroll through the slideshow below for more of Kate's Valentine's Day look. -- by Hilary Hagerman


Sabtu, 15 Februari 2014

ANWAR MAIN PERANAN OPERASI LALANG 1987

TUN MAHATHIR MOHAMED
KUALA LUMPUR (Malaysia): Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Operasi Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.
"...kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai “ahli putar belit”, bukannya pemikir ideal dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.
Katanya, Anwar sentiasa mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik.
"Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi.
"Dia memang ahli putar belit, ahli (parti) menafikan apa yang dia kata dulu dan memberi imej baharu seolah-olah dia ini tak pernah berdosa, tak pernah salah dan selalunya betul. Kalau Anwar betul, hari ini dia jadi perdana menteri," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata Anwar mempunyai kemahiran mempengaruhi orang ramai dengan cara berilmiah tetapi hakikatnya beliau bukan seorang pemikir atau pemimpin yang boleh memimpin negara ini.
"Dia bukan pemikir tetapi dia pandai berpidato. Dia pandai bercakap untuk meyakinkan orang tentang kebenaran dirinya. Orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan, bukan menggunakan perkataan untuk kebenaran. Inilah Anwar.
"Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin. Dia menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah," katanya. - Bernama.



EFFENDI SEDIA BANTU ADENAN

EFFENDI NORWAWI
ADENAN SATEM
KUCHING, 15 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Effendi Norwawi bersedia membantu pentadbiran baharu Sarawak jika diminta berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika berlaku kekosongan, kata bakal Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Adenan yang mengesahkan perkara itu Sabtu, berkata beliau ada menghubungi Effendi Jumaat dan akan berbincang berhubung peranan yang boleh dimainkan Effendi dalam pentadbiran baharu negeri ini nanti.

Adenan berkata kedua-dua mereka akan membincangkan beberapa perkara apabila bertemu kelak tetapi tidak menyatakan butiran lanjut.

"Saya akan bincang dengan beliau. Effendi dialu-alukan untuk bertemu saya pada bila-bila masa.

"Apabila beliau datang bertemu saya, kami akan bincang beberapa perkara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persandingan Dayang Dina Masfira Abang Affendi dan Azlan Shah Patrick Ling di kediaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen di Kuching.

Adenan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu pada 28 Februari ini.

Dalam laporan akhbar Sabtu, Effendi berkata Adenan ada menghubungi beliau dan memintanya bertemu secepat mungkin.

BERNAMA sebelum ini melaporkan sekiranya Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi DUN Balingian, anak sulungnya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir atau Effendi akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Satu lagi nama yang disebut ialah bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Akit Sebli.

Media melaporkan terdahulu dari itu bahawa Effendi sudah tidak berminat untuk kembali ke arena politik.

Effendi menyertai kabinet Persekutuan pada 1999 dan bersara daripada politik pada 2008. Beliau pernah menjadi Anggota Parlimen bagi kawasan Dalat dari 1999 hingga 2004.





BAYARAN BR1M AHAD DEPAN

KUALA LUMPUR (Malaysia): Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Februari ini.
DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing.
"Walaupun agihan kepada penerima tanpa akaun bank akan ambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, tetapi kerajaan ingin melaksanakan pemberian baucar dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.
"Ini adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup," katanya dalam sidang akhbar mengenai BR1M di Kuala Lumpur hari ini.
AHMAD HUSNI
Sementara seramai 5.4 juta penerima BR1M yang mempunyai akaun bank pula akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Februari ini.
Ahmad Husni berkata bayaran itu akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja program BR1M dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki di sini.
"Pendekatan membuat pembayaran BR1M menggunakan akaun bank merupakan langkah yang lebih efisien serta memastikan rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti sebelum ini," jelas beliau.
Ahmad Husni juga berharap penerima akan menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan masing-masing.
Beliau berkata secara keseluruhan, program BR1M 2014 dijangka memanfaatkan hampir 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.
"Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima," katanya.
Tambah Ahmad Husni, penambahan nilai BR1M 2014 ini diharapkan dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya kepada golongan yang tinggal di bandar bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Katanya di bawah BR1M 2014, kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Jumaat, 14 Februari 2014

AMERIKA DILANDA RIBUT AIS

Lates / Terkini
WASHINGTON: Ribut ais dahsyat menyebabkan berpuluh orang terperangkap di atas jalan raya licin, manakala beratus ribu rumah di Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik kelmarin ketika rakyat negara itu mencari perlindungan daripada amukan terbaru alam semula jadi. 

   Lebih 3,700 penerbangan yang dijangka berlepas semalam dibatalkan di seluruh Amerika disebabkan ribut itu, termasuk lebih separuh di lapangan terbang paling sibuk di negara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hartfield di Atlanta, kata pemerhati pesawat.

MILITAN SERANG PENJARA YAMAN

DUNIA / Terkini
SANAA: Satu serangan anggota militan di penjara utama Yaman, di tengah Sanaa, mengorbankan tujuh orang dengan 29 banduan meloloskan diri, hari ini. 
   Laporan agensi berita tempatan SABAA, menyebut kebanyakan banduan yang lolos itu adalah mereka yang dituduh kerana terbabit dengan rangkaian pengganas. Serangan bermula dengan letupan bom kereta sebelum anggota militan melepaskan tembakan ke arah pengawal di Penjara Pusat Sanaa.
   Seorang pegawai keselamatan penjara berkata, pihaknya mengesyaki terdapat orang dalam penjara yang menjadi dalang serangan itu.
   Daripada 29 banduan yang melarikan diri, 19 dikaitkan dengan kegiatan al-Qaeda, termasuk mereka yang terbabit dalam rancangan membunuh Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi dan diplomat barat.
   Mereka yang terbunuh dalam serangan itu kebanyakannya pihak keselamatan dan pengawal penjara.


GUNUNG KELUD DI INDONESIA MELETUP

TERKINI
JAKARTA (Indonesia): Ratusan ribu penduduk diarah berpindah hari ini selepas gunung berapi di Jawa Timur meletus lahar, menyebabkan debu panas berterbangan.
   Amaran itu dikeluarkan selepas Gunung Kelud, yang dianggap antara gunung berapi yang berbahaya, mula meletuskan lahar di kawasan padat penduduk di pulau utama Indonesia itu, lewat malam tadi. 
   Siaran televisyen menunjukkan batu panas menuruni luruh gunung berdekatan perkampungan, menyebabkan penduduk bergegas menaiki kereta dan motosikal untuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan. 

   Jurucakap Agensi Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho, berkata lebih 200,000 penduduk dari 36 kampong di kawasan sekitar 10 kilometer dari gung berapi di Daerah Kediri itu, diarah berpindah segera.
   “Hujan debu, pasir dan batu menimpa sehingga ke kawasan 15 kilometer dari kawah gunung," katanya.
   Gunung Kelud setinggi 1,731-meter sudah mengorbankan lebih 15,000 nyawa sejak 1500, termasuk kira-kira 10,000 kematian dalam letusan paling dahsyat pada 1568.

Khamis, 13 Februari 2014

RAKAMAN LOKASI DI DAERAH KENINGAU DAN TENOM YANG DILANDA BANJIR PADA KHAMISSEBUAH


SEBUAH KAMPUNG DI TRANS PEGALAN YANG DITENGELAMI BANJIR

SEBAHAGIAN SAWAH DI APIN-APIN TURUT DITENGELAMI BANJIR
KILANG KOPI TERKENAL DI TENOM DINAIKI BANJIR
KAWASAN KAMPUNG KEPAYAN BARU TRANS PEGALAN
JAMBATAN GANTUNG KG KEPAYAN BARU TRANS PEGALAN


LALUAN KE TAMAN PERTANIAN LAGUD SEBERANG TENOM DITENGELAMI BANJIR

PTI FILIPINA CUBA SERANG POLIS CEDERA DITEMBAK

KINABATANGAN (Sabah, Malaysia) 13 Feb -- Seorang lelaki warga Filipina cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis yang cuba menahannya di kawasan Hutan Simpan Sempadan Ladang Melabau di sini semalam.Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata lelaki berusia 40 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
   Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, sedas tembakan ke udara dilepaskan mengarahkan lelaki itu menyerah diri tetapi dia enggan, sebaliknya bertindak agresif cuba menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang dan sebatang kayu menyerupai pisau.
   "Sedas tembakan dilepaskan kepada lelaki itu dan mengenai kaki kiri. Dia kini menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," kata Martin ketika dihubungi Bernama Khamis.
   Beliau berkata anggota polis bertindak melepaskan tembakan ke arah lelaki itu untuk mempertahankan diri.
   Martin berkata sebelum itu, polis menerima laporan daripada orang awam tentang seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan berkeliaran di ladang tersebut dan meminta makanan daripada pekerja ladang.

   Lelaki itu akan ditahan untuk tindakan lanjut selepas pulih daripada kecederaan, katanya. -- Bernama.

BOT BOMBA TERBALIK DI KENINGAU

Sebuah kampung di kawasan pedalaman yang ditengelami banjir
KENINGAU (Sabah, Malaysia) 13 Feb -- Sebuah bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sedang memindahkan mangsa banjir di Kampung Mempikit, terbalik menyebabkan kesemua 17 orang di atasnya terjatuh ke dalam sungai dalam kejadian di Keningau, pada khamis.

   Bagaimanapun menurut jurucakap bomba, kesemua mereka iaitu 14 mangsa banjir dan tiga anggota bomba berjaya diselamatkan dalam kejadian 10.33 pagi itu.
   Akan tetapi seorang kanak-kanak berusia dua tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Keningau selepas tidak sedarkan diri akibat kejadian, katanya ketika dihubungi di sini.
   Beliau berkata kejadian berlaku ketika bot itu dalam perjalanan ke pusat pemindahan.
   Insiden dipercayai berlaku apabila mangsa banjir yang berada di atas bot itu berdiri selepas panik melihat arus Sungai Pegalan yang deras, menyebabkan bot tidak stabil lalu terbalik, katanya.
   Bernama difahamkan paras air Sungai Pegalan melimpah ke kawasan perkampungan sekitar, menyebabkan banjir kilat -- Bernama.

LARI HUTAN KERANA PUTUS CINTA

SANDAKAN (Sabah, Malaysia) Khamis:  -- Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilapor hilang di kawasan hutan Batu 6 dekat sini dalam kejadian Rabu malam.
   Ketua Polis Sandakan ACP Rowell Marong berkata operasi itu yang dimulakan pada pukul 10.13 malam dihentikan kira-kira sejam kemudian dan bersambung semula pagi ini, membabitkan polis dan bomba.
   Lelaki yang dikenali sebagai Tang Weng Liang, 30-an, dipercayai melarikan diri ke dalam kawasan hutan itu untuk membunuh diri selepas putus cinta dengan teman wanitanya, kata Rowell kepada pemberita selepas perhimpunan bulan polis Sandakan, di sini Khamis.
   Katanya polis menerima laporan kehilangan Tang daripada keluarganya pada pukul 7 malam. - Bernama.


Rabu, 12 Februari 2014

ADENAN SATEM KM BARU SARAWAK

TERKINI
TAN SRI ADENAN SATEM
KUCHING (Sarawak, Malaysia)  -- Teka- teki tentang siapa yang berkemungkinan mengambil alih teraju kepimpinan Sarawak berakhir apabila Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menamakan penggantinya selepas mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin hari ini.

Taib mengumumkan bahawa Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai penggantinya dalam sidang akhbar yang penuh sesak selepas majlis menghadap di Astana Negeri di sini.

Surat peletakan jawatan berkuat kuasa 28 Feb dan ketua menteri baharu akan mengangkat sumpah pada hari sama.

Terkenal sebagai sekutu rapat Taib, Adenan, 68, juga adalah bekas naib presiden kanan PBB.

Adenan merupakan antara tiga calon yang dicadangkan oleh kaukus PBB pada Sabtu lepas dengan dua lagi calon ialah Timbalan Presiden parti Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Pelantikannya itu bermakna Adenan akan menjadi anak Melayu pertama dilantik sebagai ketua menteri Sarawak.

Memandangkan Taib adalah seorang Melanau seperti pendahulunya yang juga bapa saudara beliau, Tun Abdul Rahman Yakub, timbul tanggapan bahawa beliau lebih menyukai seorang Melanau untuk mengambil alih jawatan itu daripadanya.

Dua Ketua Menteri pertama, mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan mendiang Datuk Tawi Sli adalah orang Iban.

Sebelum pelantikannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri, Adenan berkhidmat sebagai menteri muda pembangunan tanah negeri, menteri pembangunan tanah negeri, menteri pembangunan sosial negeri, dan menteri pertanian dan industri makanan negeri di bawah kepimpinan Taib.

Beliau kemudian dilantik sebagai menteri sumber asli dan alam sekitar di peringkat persekutuan tetapi meletak jawatan pada 2006 untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang akan membuka laluan kepada beliau mengambil alih jawatan ketua menteri.

Bagaimanapun, Taib belum bersedia untuk berundur, oleh itu membawa kepada perselisihan faham antara mereka.

Bagaimanapun, mereka berbaik-baik semula dan Adenan dilantik menganggotai Kabinet negeri sebagai menteri tugas-tugas khas di Pejabat Ketua Menteri selepas beliau memenangi kerusi Tanjong Datu dalam pilihan raya negeri 2011.

Kembalinya Adenan untuk aktif berpolitik ketika itu menyemarakkan lagi spekulasi bahawa beliau kemungkinan besar calon untuk menggantikan Taib.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Adenan dipersiapkan untuk mengambil alih jawatan ketua menteri memandangkan Taib sendiri adalah menteri tugas-tugas khas peringkat persekutuan dari 1975 hingga 1978.

Sungguhpun Abang Johari, seorang menteri perumahan negeri yang peramah, mengalahkan Adenan bagi jawatan timbalan presiden PBB, beliau dianggap sebagai mesra Umno.

Sebaliknya, Awang Tengah, yang juga menteri perancangan dan pengurusan sumber negeri, tidak dipilih berikutan dakwaan timbul bantahan daripada beberapa anggota Kabinet negeri memandangkan beliau masih muda dan kurang berpengalaman.

Terdapat juga khabar angin bahawa anggota Kabinet mungkin meletak jawatan beramai-ramai sekiranya Awang Tengah dilantik, bagaimanapun mereka sedia menerima sama ada Adenan atau Abang Johari.

Bagaimanapun, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berpendapat Abang Johari layak menduduki jawatan itu disebabkan beliau sangat dihormati oleh semua kaum dan amat berpengalaman, di samping menjadi pemimpin kanan PBB.

Berikutan pelan peralihan kini berada di tempatnya, Barisan Nasional dan PBB perlu menenangkan komuniti Iban setelah Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB (I) Tan Sri Alfred Jabu Numpang, yang merupakan anggota paling kanan dalam Kabinet negeri, dibiarkan sahaja.

Tindakan mengetepikan Jabu mungkin tidak diterima baik oleh sesetengah daripada komuniti Iban yang merasakan beliau sepatutnya diberi jawatan itu.

Jabu, yang mengelak daripada bertemu media sejak akhir-akhir ini, berkata beliau akan menamatkan kerjaya politiknya sebaik sahaja Taib berundur.

Apabila ditinjau kembali, kira-kira 20 tahun lepas Taib pernah berkata beliau mempersiapkan Abang Johari, Adenan dan bekas menteri persekutuan Datuk Seri Effendi Norwawi untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. --- Bernama.

GETAWAN TAHUN 2020

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Rakyat yang telah  menanam getah sekurang-kurangnya 5 ekar pada Tahun 2014, akan memperolehi pendapatan diantara RM5,000 hingga RM10,000 menjelang Tahun 2020.
   "Semua ini bergantung kepada usaha penyelarasan harga di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," menurut sumber kerajaan.
   Rakyat disaran supaya mengambil peluang tersebut sebagai persediaan persaraan, selain menghadapi Tahun 2020 yang amat mencabar.



BR1M MASUK AKAUN 22 FEB 2014

DATO SERI NAJIB TUN RAZAK
KUALA LUMPUR(Malaysia) - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi laman Facebooknya hari ini, Najib berkata, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.
   Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.menerima bantuan RM300.

   Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.
   Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan. 

XONG XI FA CAI 2014

SELEPAS berhempas pulas tanpa ada sesiapa yang sudi membantu, kecuali berbayar - akhirnya pencorobohan laman ini dapat kami atasi.Tidak ada yang percuma didunia ini, dan inilah pengalaman paling mahal yang kami hadapi  sepanjang bertarung dengan kerenah manusia yang tidak senang dengan kemajuan orang lain.  Kami memohon maaf dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelawat dan peminat di seluruh dunia yang begitu setia kepada kami. Kepada pelajar-pelajar Kewartawanan yang melanggan perkhidmatan kami melalui Online, terima kasih kepada anda yang percaya dengan kualiti kepakaran kami dalam bidang journalistik. XONG XI FAI CAI 2014 dan semoga tahun ini menjanjikan impian anda akan tercapai. --- EDITOR.


PELAJAR JERMAN MAUT DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

RANAU (Sabah, Malaysia): Pelancong wanita  Jerman  yang berumur  22 tahun,  maut selepas terjatuh 30 meter dari puncak Gunung Kinabalu yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut, di Ranau pada Isnin.
   Mangsa menurut rakan-rakan sepelancongan, sedang menunggu matahari terbit untuk dirakam dari puncak gunung  tertinggi di Malaysia pada kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu.
   Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
   Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun  mengucapkan takziah kepada keluarga pelancong wanita itu.
   Beliau sedih insiden itu berlaku walaupun Taman-Taman Sabah sudah melakukan segala yang termampu untuk memastikan semua pendaki selamat.
   Pihak Taman-Taman Sabah telah memaklumkan berita kematian pelancong yang juga seorang pelajar kepada keluarganya melalui pejabat Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur, katanya selepas menghadiri majlis Perhimpunan Perdana Ketua Menteri Sabah Bersama anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan di sini Selasa.
   Pelancong berusia 22 tahun itu terbunuh selepas dikatakan terjatuh kira-kira 30 meter dari satu daripada puncak (Low Peak) Gunung Kinabalu.
   Masidi meminta pihak media supaya melakukan tapisan rapi ke atas gambar-gambar mangsa sebelum menerbitkannya bagi menjaga sensitiviti keluarga mendiang.
   "Kita perlu memikirkan (sensitiviti) terutama keluarga terdekat mangsa," katanya.
   Masidi juga berkata siasatan awal mendapati kemalangan yang menimpa Paulsen itu hanya disedari empat rakannya apabila mangsa disedari tiada lagi bersama mereka.
   Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan mengenai tragedi itu, kerana masih menunggu laporan penuh daripada Taman-Taman Sabah dan siasatan polis.
   Beliau berkata biasanya sebelum pendakian, semua pendaki akan diberi taklimat terperinci mengenai ekspedisi oleh pegawai terlatih dan berdasarkan pengalaman, kemalangan biasanya berlaku apabila ada pendaki cuba keluar daripada kumpulannya.
Menteri itu berkata, kejadian itu  suatu yang malang dan mengejutkan kerana pada masa-masa lalu kemalangan berlaku ketika proses pendakian dan bukannya di puncak gunung, katanya.