KUALA LUMPUR
(Malaysia): Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M
2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat
dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Februari ini.
DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK |
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
(gambar) berkata agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan
dilakukan para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing.
"Walaupun agihan kepada penerima tanpa akaun bank akan
ambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, tetapi kerajaan ingin
melaksanakan pemberian baucar dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.
"Ini adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini
sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam
usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup," katanya dalam sidang
akhbar mengenai BR1M di Kuala Lumpur hari ini.
AHMAD HUSNI |
Ahmad Husni berkata bayaran itu akan terus dikreditkan ke
dalam akaun penerima secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja program
BR1M dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah
Menengah Aminuddin Baki di sini.
"Pendekatan membuat pembayaran BR1M menggunakan akaun
bank merupakan langkah yang lebih efisien serta memastikan rakyat tidak perlu
menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti sebelum ini," jelas
beliau.
Ahmad Husni juga berharap penerima akan menggunakan wang
bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan masing-masing.
Beliau berkata secara keseluruhan, program BR1M 2014
dijangka memanfaatkan hampir 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.
"Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014, kerajaan
akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan
sebanyak 7.9 juta penerima," katanya.
Tambah Ahmad Husni, penambahan nilai BR1M 2014 ini
diharapkan dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya kepada golongan yang
tinggal di bandar bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan
RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi
individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi
RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0
diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga
RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Katanya di bawah BR1M 2014, kerajaan turut memperkenalkan
Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada
penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian
biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau
hilang upaya kekal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan