DUNIA / Terkini
SANAA:
Satu serangan anggota militan di penjara utama Yaman, di tengah Sanaa,
mengorbankan tujuh orang dengan 29 banduan meloloskan diri, hari ini.
Laporan agensi berita tempatan SABAA,
menyebut kebanyakan banduan yang lolos itu adalah mereka yang dituduh kerana
terbabit dengan rangkaian pengganas. Serangan bermula dengan letupan bom kereta
sebelum anggota militan melepaskan tembakan ke arah pengawal di Penjara Pusat
Sanaa.
Seorang pegawai keselamatan penjara berkata, pihaknya mengesyaki terdapat orang dalam penjara yang menjadi dalang serangan itu.
Daripada 29 banduan yang melarikan diri, 19 dikaitkan dengan kegiatan al-Qaeda, termasuk mereka yang terbabit dalam rancangan membunuh Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi dan diplomat barat.
Mereka yang terbunuh dalam serangan itu kebanyakannya pihak keselamatan dan pengawal penjara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan