MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 15 Februari 2014

EFFENDI SEDIA BANTU ADENAN

EFFENDI NORWAWI
ADENAN SATEM
KUCHING, 15 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Effendi Norwawi bersedia membantu pentadbiran baharu Sarawak jika diminta berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika berlaku kekosongan, kata bakal Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Adenan yang mengesahkan perkara itu Sabtu, berkata beliau ada menghubungi Effendi Jumaat dan akan berbincang berhubung peranan yang boleh dimainkan Effendi dalam pentadbiran baharu negeri ini nanti.

Adenan berkata kedua-dua mereka akan membincangkan beberapa perkara apabila bertemu kelak tetapi tidak menyatakan butiran lanjut.

"Saya akan bincang dengan beliau. Effendi dialu-alukan untuk bertemu saya pada bila-bila masa.

"Apabila beliau datang bertemu saya, kami akan bincang beberapa perkara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persandingan Dayang Dina Masfira Abang Affendi dan Azlan Shah Patrick Ling di kediaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen di Kuching.

Adenan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu pada 28 Februari ini.

Dalam laporan akhbar Sabtu, Effendi berkata Adenan ada menghubungi beliau dan memintanya bertemu secepat mungkin.

BERNAMA sebelum ini melaporkan sekiranya Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi DUN Balingian, anak sulungnya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir atau Effendi akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Satu lagi nama yang disebut ialah bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Akit Sebli.

Media melaporkan terdahulu dari itu bahawa Effendi sudah tidak berminat untuk kembali ke arena politik.

Effendi menyertai kabinet Persekutuan pada 1999 dan bersara daripada politik pada 2008. Beliau pernah menjadi Anggota Parlimen bagi kawasan Dalat dari 1999 hingga 2004.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan