MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Rabu, 31 Julai 2013

ANAK TERKEJUT PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK DIBUNUH

KUALA LUMPUR  (Malaysia) -- Anak lelaki pengasas Kumpulan Perbankan
Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi terkejut dengan pembunuhan bapanya di sini
hari ini.




   "Saya terkejut apabila mendengar tentang kejadian bunuh itu, lebih-lebih
lagi apabila ia dilakukan pada waktu siang di Kuala Lumpur," Pascal Najadi
kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon dari Eropah.
   Sehubungan itu, Pascal, 45, pemegang kerakyatan dua negara iaitu Switzerland
dan British, menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya bagi
menahan individu yang terlibat dalam pembunuhan bapanya serta mengheret mereka
ke muka pengadilan.
   Pascal, yang turut menceburi bidang perbankan, berkata ironinya adalah
Hussain Ahmad dibunuh di Malaysia, negara yang amat disayanginya dan dianggap
sebagai tanah tumpah darah beliau selama lebih empat dekad.
   Hussain Ahmad, 75, maut manakala isterinya yang berusia 49 tahun cedera
parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari Tokong Kuan
Yin di Lorong Ceylon pada 2 petang.
   Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di
tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta peha
kanan.
   Siasatan awal polis mendapati seorang lelaki bersenjata merupakan antara
tiga individu yang menunggu Hussain Ahmad di luar tokong berkenaan, yang
dikatakan ke situ untuk bertemu rakannya bagi membincangkan urusan jual beli
saham.
   Pascal berkata beliau mengetahui tragedi yang menimpa bapanya beberapa jam
selepas kejadian selain menerima panggilan daripada polis Malaysia berhubung
pembunuhan itu.
   Hussain Ahmad mengasaskan Kumpulan Perbankan Arab Malaysian pada 1975
sebelum ia bertukar tangan pada 1982 dan dikenali sebagai Arab Malaysian Bank
atau Ambank – Bernama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan