



Putera William dalam satu kenyataan
ringkasnya berkata, dia dan keluarga sangat gembira dengan kelahiran bayi
tersebut, manakala Ratu Elizabeth II, 87, pula menyifatkannya sebagai satu
kelahiran yang dinanti-nanti dan menyeronokkan.
Bayi pasangan diraja itu yang masih belum
diberi nama, merupakan pewaris ketiga takhta monarki Britain, menggantikan Putera
Harry dan digelar Prince of Cambridge.
Kelahiran
bayi tersebut turut disambut sorakan orang ramai yang berkumpul di pekarangan
Istana Buckingham dengan ada yang mengibarkan bendera Union Jack dan membawa
sepanduk mengucapkan tahniah.
Mercu tanda Britain termasuk London Eye dan
Menara BT turut dinyalakan dengan warna merah putih dan biru sebagai tanda
meraikan kehadiran pewaris takhta diraja Britain itu, manakala tembakan meriam
turut kedengaran di seluruh kota raya itu, semalam.

Media
Britain meraikan kelahiran waris diraja itu dengan akhbar The
Sun mengubah
sementara namanya kepada The Son, sementara The Guardian pula
menyediakan satu butang 'Republikan' pada laman webnya bagi memudahkan pengguna
mencari berita berkaitan.
Keluarga diraja Britain turut dihujani
ucapan tahniah dari seluruh dunia selepas pengumuman tersebut dibuat.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama
dan isteri, Michelle muncul pemimpin dunia pertama mengucapkan tahniah atas
kelahiran bayi itu, diikuti Kanada dan Australia.
Middleton
dimasukkan ke hospital tersebut, awal pagi semalam, hospital sama mendiang Puteri
Diana melahirkan Putera William pada 1982. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan