MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 19 Julai 2013

JABATAN PEGUAM NEGARA JELAS TINDAKAN TERHADAP ALVIN DAN VIVAN

PUTRAJAYA (Malaysia) - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar)
menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan
dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk
memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
   Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan
berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook
serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

   “Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian
tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan
terhadap mereka.
“Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada
kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang
dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
   Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya
berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes
ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.
   Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee
May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap
ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu
perbicaraan.
   Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu
penerbitan menghasut di laman Facebook ''Alvin and Vivian - Alvivi'' pada satu
pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk ''Selamat Berbuka Puasa (dengan
Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) bersama logo Halal.
   Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah
dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan
komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan
agama dalam kalangan penganut agama berlainan. -- Bernama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan