MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 5 Februari 2012

3000 PENGGUNA KERETAPI DI TENOM KECEWA


TENOM (Sabah Malaysia): Ketika Jabatan Keretapi Negeri Sabah melancarkan perkhidmatan ‘keretapi wap’ pada Sabtu, penduduk di enam buah kampong dalam kawasan Pangi yang berjumlah Kira-kira 3000 orang,  mendesak kerajaan  supaya melakukan sesuatu yang lebih positif untuk menangani masalah kerosakan jentera lokomotip, yang menyebabkan perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di situ terganggu sejak lebih sebulan yang lalu.
   Perkampungan penduduk itu terletak di pesisir Sungai Padas dan hanya boleh dihubungi melalui perkhidmatan keretapi.
MANGGANG INGKIM
SOLOMON TANDON
   Penduduk mendakwa kerugian besar disebabkan hasil tani mereka gagal dipasarkan di Pekan Tenom, selain anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah sejak lebih sebulan yang lalu.
   “Sepatutnya sesuatu telah dilakukan untuk meringankan bebanan penduduk,” jelas Manggang Ingkim, 66 kepada wartawan – beliau merupakan mantan Pengerusi JKKK Kg. Pangi.
   Ketua kampong di situ Solomon Tandon, 47 turut kesal kerana sehingga kini semua pihak yang bertanggungjawab mengambil sikap membisu.
   “Seolah-olah mereka menafikan terdapat manusia wujud di di kawasan itu,” tambah seorang penduduk yang bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Pekan Tenom.
   Penduduk yang ditemui di situ memberitahu, desakan yang mereka luahkan bukan bersifat menentang kerajaan tetapi mereka mahu masalah mereka diselesaikan dengan segera.
   “Kami mahu kerajaan tahu bahawa kami ada di sini,” jelas seorang aktivis masyarakat yang enggan namanya dipetik  dan menambah;
   “Kami mahu Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat kawasan itu datang untuk melihat kesengsaraan penduduk di situ,”.
    Perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di enam buah kampong di kawasan itu tergendala sejak lebih sebulan yang lalu, ekoran daripada kerosakan injin lokomotif kenderaan itu.
    Kampung-kampung yang terlibat ialah – Rayoh, Batu 75, Batu 78,  Kalandos, Pangi Proper dan Matolop.
   Sekolah SK Pangi turut terjejas disebabkan murid-murid yang datang daripada enam buah kampong tersebut, tidak dapat hadir ke sekolah.

Nampak cantik dan elok, tetapi sebenarnya ia rosak
    Sebelum ini penduduk menggunakan troli buatan sendiri sebagai pengangkutan alternatif, namun kerajaan mengharamkan penggunaan kenderaan itu kerana dikatakan berisiko tinggi.
   Penduduk bagaimanapun mendedahkan penduduk terpaksa menggunakan troli tersebut sebagai pengangkutan penduduk, selain digunakan untuk mengeluarkan hasil tani mereka seperti getah, kopi  dan padi yang dianggarkan 1000 tan pada setiap bulan.
    Mereka juga menagih janji seorang timbalan menteri yang pada tahun 2011, telah berjanji untuk membina sebuah pemancar telekomunikasi di kawasan itu, bagi menyelesaikan jurang digital yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ, namun janji tersebut masih belum ditunaikan.
   “Kami benar-benar sedih dengan keadaan ini,” jelas KK Solomon dan berkata, "kemerdekaan bagi penduduk di situ seolah-olah tidak membawa sebarang makna".







1 ulasan:

  1. Hallo sidang Borneo Digest.

    Saya adalah webmaster laman yang mempunyai trafik yang boleh kira ok la. Sekiranya saya ingin re'publish' original article yang ditulis oleh Borneo Digest ke blog saya iaitu www.timugon.com bagaimana caranya.

    Saya cuma berminat dengan artikel yg berkaitan dengan Tenom, politik Tenom, isu semasa Tenom. Post saya akan kategorikan sebagai Borneo Digest.

    TQ

    BalasPadam