MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 9 Februari 2012

ICT JENTERA MAJUKAN EKONOMI NEGARA --- Tan Sri Joseph Pairin


KENINGAU (Sabah Malaysia): Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, Malaysia menerima dan menganggap peranan ICT begitu penting, sebagai jentera untuk memajukan ekonomi Negara.
   Jesteru katanya, sebagai persiapannya pembangunan infrastruktur dan kemudahan komunikasi dilakukan tanpa meminggirkan masyarakat, sama ada yang tinggal di bandar atau mereka yang berada di luar Bandar.
 Pairin  menyampaikan komputer riba kepada seorang penerima
   “Dalam dunia komunikasi dan multimedia yang pesat membangun hasil daripada momentum Tekonoloji Maklumat dan Komunikasi (ICT) globalisasi yang kian rancak, Malaysia perlu terus mengandakan kepakaran sumber manusianya,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian computer riba 1 Malaysia di sini pada Khamis.
   Seramai 1,600 penerima komputer itu bagi fasa pertama, yang terdiri daripada Pengerusi JKKKK, Ketua kampong, pemimpin-pemimpin masyarakat serta persatuan bukan kerajaan (Ngo).
   Pairin memberitahu, selaras dengan aspirasi 1Malaysia dimana rakyat didahulukan, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat agar menjadi satu masyarakat yang kaya dengan maklumat, yang berguna untuk membolehkan mereka berasing di arena global.
   “sasaran Pelan Jalur Lebar Negara (PJLN) adalah untuk meningkatkan keupayaan prasarana jalur lebar, yang membawa kemudahan pencapaian Internet kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya.
Sebahagian daripada penerima komputer riba 1 Malaysia
   Beliau memberitahu bahawa sasaran Negara adalah untuk mencapai 50 peratus penebusan Internet, daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia pada penghujung tahun 2010, telahpun dicapai dimana pencapaian pada masa itu telah melebihi 58 peratus.
   “Saya juga ingin memaklumkan bahawa kadar penembusan Internet Jalur Lebar isi rumah di Sabah, kini telah mencecah 32.8 peratus,” katanya dan menambah;
   Inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui SKMM telah memberi impak yang terlalu besar kepada rakyat.
   Jesteru itu katanya, beliau mahu rakyat yang terpilih sebagai penerima kemudahan itu supaya memenafaatkan dengan semaksimanya untuk menguasai ilmu.
   Timbalan ketua menteri itu turut menasihatkan penerima komputer itu supaya mematuhi etika ketika melayari internet, dan tidak melakukan kesalahan siber seperti menghantar SMS atau e-mail lucah, menulis komen yang dianggap menjelikkan, menyakitkan hati, memfitnah mahupun mengaibkan.
   Hadir di majlis itu ialah Wakil Rakyat Bingkor Datuk Justin Guka, Pemimpin Kemajuan Rakyat N. 34 Liawan Rusdi Padiman serta pemimpin setempat.

1 ulasan:

  1. Usaha terbaik untuk mendedahkan rakyat kepada teknologi ICT tetapi bekalan komputer riba 1 malaysia tidak menepati sasaran..ada penerima yang tersenarai dikalangan adik beradik sekeluarga..Mohon SKMM dan pejabat Parlimen,UPKR BINGKOR, UPKR LIAWAN dan Pejabat UMNO Bahagian Keningau mengeluarkan satu senarai penuh penerima bekalan komputer riba tersebut untuk dipamerkan kepada umum siapa mereka dikalangan 1600 penerima itu..apakah semuanya Ketua Kampung,PJKK, Pemimpin akar UMBI atau mereka yang menjadi tukang jahit dilaluan pejalan kaki kedai di Pekan Keningau..mhon ketelusan dan ketepatan sasaran pengagehan serta soal selidik sistem penyenaraian tersebut.

    BalasPadam