MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 21 Februari 2012

UCAPTAMA DATUK MUSA DI KENINGAU AHAD INI


KENINGAU (Sabah Malaysia): Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman akan menyampaikan ucaptama di Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 di Keningau pada 26 Febuari ini.
Datuk Sairin Hj. Karno (tengah) mengabadikan gambar bersama jawatankuasa pelaksana Majlis Penerangan Zon 4
   Zon 4 terdiri daripada Umno Bahagian Keningau, Pensiangan, Ranau dan Tenom.
   Pengerusi majlis itu Datuk Sairin Hj. Karno memberitahu, seramai 3000 orang akan menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.
   Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberitahu, dua kertas kerja yang masing-masing bertajuk – Dasar Kerajaan dan Pembangunan Negara serta Isu-isu semasa Negara akan disampaikan pada majlis yang diadakan seawal jam 8 pagi itu.
   Beliau berkata, majlis itu amat penting kerana banyak isu-isu yang dikupas dan dijelaskan kepada rakyat sebelum menghadapi pilihanraya ke-13, yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
   Orang ramai khususnya yang tinggal di sekitar Keningau dan seluruh Zon 4, adalah dijemput untuk menghadiri majlis itu. 

1 ulasan:

  1. PRU 13 akan datang ini diangap yang paling mencabar dari sebelum ini, bagaimana pun saya yakin bahawa BN mesih dapat memerintah selepas PRU 13. Ini adalah pandangan peribadi saya. YAKIN BOLEH...!!!

    BalasPadam