MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 7 Februari 2012

LIAWAN KUOTA UMNO, DATUK SAIRIN CALON --- Umno Bahagian Keningau



DATUK SAIRIN KARNO
KENINGAU (Sabah Malaysia): Ketika kawasan pilihanraya N. 34 Liawan berada dalam situasi yang amat panas, berikutan spekulasi perebutan lobi calon pilihanraya, pada Selasa penyandang kerusi itu Datuk Sairin Hj. Karno bersuara;
   “N. 34 Liawan kuota bagi BN/Umno dan saya optimis dicalonkan semula,”.
   DUN Liawan termasuk dalam Parlimen P. 180 Keningau, dimana bapa angkat bagi Umno Bahagian Keningau adalah Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak.
   Jesteru tegas Sairin, tidak mungkin Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno Malaysia melupakan Umno Bahagian Keningau.
   Sungguhpun begitu, Sairin menekankan tumpuannya lebih kepada memastikan pembangunan yang telah dirancang untuk kawasan liawan, dengan pendekatan kurang publisiti tetapi banyak bekerja.
Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau setia menyokong Datuk Sairin
   “Mereka yang tidak menyenangi saya tidak mengetahui aktiviti saya, dan mereka tidak perlu tahu semua itu,” katanya dan menambah, beliau tidak memerlukan publisiti yang terlalu kerap ketika berdamping dengan rakyat.
   Apa yang penting tegasnya, beliau sedang menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat tanpa jemu sejak sekian lamanya.
   Kawasan pilihanraya Liawan menjadi intaian kepada tidak kurang enam pemimpin yang berminat sebagai calon di kawasan itu dan ini termasuk sebuah parti kompenan BN yang turut berminat bagi kawasan itu.
   Sairin mewakili Liawan bagi penggal kedua dan beliau berkata, akan mempertahankan kawasan itu pada pilihanraya yang ke-13.
   Sebuah laman blog pada minggu lepas melaporkan seorang pemimpin kanan Umno Malaysia turut mengesahkan Liawan merupakan kuota bagi Umno, dan Sairin adalah calon terbaik bagi kawasan itu.
   Mesyuarat bulanan bahagian itu yang diadakan pada Isnin telah memutuskan untuk mengekalkan Sairin sebagai calon bagi DUN N. 34 Liawan.
   Turut memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi ialah kKetua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri

1 ulasan:

  1. biasa lah kalau sudah ada suara-suara sumbang supaya wakil rakyaat yang terlalu lama berundur maka banyak lah idea dan sisik tapuk dikeluarkan....

    BalasPadam