MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 1 Mac 2012

619 RAKYAT TERIMA BANTUAN BR1M DI TENOM


Oleh JUBIN KINSIL
TENOM (Sabah, Malaysia): Seramai 619 orang  penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Tenom bagi fasa keempat, di daerah itu pada Rabu.
Datuk Radin Malleh menyampaikan bantuan BRiM kepada penerima
   Penerima itu melibatkan 367 orang bagi kawasan N. 35 Melalap, dan 252 penerima daripada N. 36 Kemabong.
Penerima BR1M
   Kedua-dua wakil rakyat di kawasan itu – Datuk Radin Malleh dan Datuk Rubin Balang menyampaikan bantuan itu, yang diadakan di Dewan Seri Antanom.
Beberapa penerima ini dikalangan penyokong pembangkang
   Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Radin yang merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri memberitahu, pemberian bantuan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar mengotakan janjinya kepada rakyat.
   “Bantuan ini begitu penting kepada rakyat yang benar-benar memerlukan,” katanya dan menambah;
   “Bantuan seumpama itu hanya mampu dilakukan oleh sebuah kerajaan yang kukuh seperti BN,”. \
   Turut menyaksikan penyerahan bantuan itu ialah Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pembangunan Jasli Tindi, ADO Fradian Gan, ADO Puin Pinduru dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Melalap, Blasius Masuning. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan