MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Rabu, 28 Mac 2012

JAIT KATA KURUP TIDAK BERJIWA RAKYAT


TAN SRI KURUP
Bangunan itu dibina di atas rezab, tetapi tidak dipersoal -- Jait
KENINGAU (Sabah, Malayasia):  Jait Mahat  yang dituding sebagai berkepentingan ke atas pembangunan tanah rezab milik JKR di Kg. Kauran pada Rabu menjelaskan, beliau memperolehi sokongan daripada Pegawai Daerah Keningau untuk menggunakan tanah rezab jalanraya itu.
   “Pembangunan yang akan saya lakukan di situ tidak menganggu sebarang rancangan kerajaan ke atas tanah rezab tersebut,” katanya sebagai mengulas gesaan Timbalan Menteri sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup yang diterbitkan oleh sebuah akhbar dwi bahasa pada edisi Selasa.
   Kurup memberitahu dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa orang ramai tidak dibenarkan untuk memohon untuk menduduki rezab jalan.
   Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan, Hj. Masmin bin Kadad turut meminta SPRM supaya melakukan siasatan ke atas individu yang terlibat.
   Namun Jait yang merupakan Ketua Kampung Kg. Kauran memberitahu, beliau telah mematuhi beberapa peraturan yang dikehendaki sebelum melakukan tindakan untuk membersihkan kawasan yang dicadang.
   “Saya menghantar surat permohonan rasmi pada 17 Febuari, yang mendapat sokongan daripada Pegawai Daerah Keningau,” katanya dan menambah, lawatan tapak dilakukan oleh seorang pegawai kanan JKR dan telah memberikan kelulusan lisan kepada beliau.
Pegawai Daerah Keningau sokong permohonan Jait
JAIT MAHAT
   Katanya, pihak berkuasa JKR tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran rasmi, tetapi memberikan kelulusan lisan atas alasan kawasan rezab jalan disitu masih belum terlibat dalam sebarang projek naiktaraf.
   Kawasan tersebut pada sebelum ini merupakan semak samun dan pembuangan sampah, dan Jait memberitahu, tindakannya untuk membersihkan kawasan tersebut untuk pembinaan bangunan ringan dan mudah alih, bagi tujuan menjalankan perniagaan kecil-kecilan sesuatu yang kreatif dan bijak.
   “Saya hanya menggunakan kawasan itu dan bukan memohon untuk pemilikan,” katanya.
   Jait yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian P. 180 Keningau memberitahu, beliau seorang yang proaktif terhadap dasar-dasar kerajaan dan melihat jauh bahawa rakyat tidak sewajarnya terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rumah tangga.
   Katanya, apa yang beliau lakukan di kawasan rezab tersebut adalah semata-mata untuk menyahut seruan kerajaan supaya berdikari.
   “saya mahu berniaga untuk meningkatkan taraf hidup, dan salah kah saya terlibat dalam aktiviti yang sihat seperti ini,” soalnya dan bertanya kepada Kurup serta Hj. Masmin bahawa teguran mereka ke atas aktiviti bantu diri tersebut sesuatu yang nagetif dan tidak sepatutnya berlaku.
   Katanya, seorang pemimpin seharusnya membimbing rakyat dan bukan menghalang.  
   Ketua kampong itu mendedahkan berhampiran dengan tapak yang beliau cadangkan terdapat bangunan perniagaan telah didirikan sejak sekian lama, dan tidak ada sesiapa yang cuba untuk mempertikai.
   “Adakah rakyat biasa seperti saya sahaja yang layak untuk dipertikai, kenapa tidak pertikai kewujudan yang didirikan oleh golongan kaya di situ,” soalnya.
   Jait meminta kepada Kurup dan Hj. Masmin agar tidak terlalu mendengar aduan pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum melakukan penyiasatan terlebih dahulu.
   ‘Anda (Kurup dan Hj. Masmin) akan merasa malu jika anda mengetahui bahawa saya memiliki dokumen yang membolehkan saya menjalankan aktiviti cari makan di kawasan itu,” jelasnya.
   Beliau memberitahu bahawa kedua-dua pemimpin itu menerima maklumat yang salah daripada pihak yang mencemburui beliau.
   Jait bertegas untuk meneruskan aktiviti di kawasan itu memandangkan perniagaan merupakan bakatnya untuk meneruskan survival hidup.
   “Saya tidak peduli dengan apa yang orang lain lakukan ke atasnya, kerana orang lain juga begitu ramai menjalankan perniagaan di kawasan rezab jalanraya di sepanjang jalan tersebut.
   Kepada cadangan Hj. Masmin untuk merujuk beliau kepada SPRM, Jait berkata, beliau bersedia untuk disiasat tetapi sebelum itu SPRM harus melakukan siasatan ke atas beberapa orang ahli perniagaan yang telah bertahun melakukan pencorobohan rezab jalanraya di kawasan itu.
   “Siasat mereka dulu dan selepas itu silakan untuk melakukan siasatan ke atas saya,” jelasnya



 

2 ulasan:

  1. warna-warna pemimpin zaman ini rakyat dah nampak lah...tk payah fikir banyak lagi buang masa ja pacik..mata kepala saya melihat seorang tua memasar sayur kg di temu kota marudu..kesian ba jauh2 datang dari kg subuh2 dihalau pula berjualan bagus kalau penguatkuasa yg halau ini hanya seorang penjaja PATAI..apa dah jadi ni? oi...fikir2 lah kami rakyat ba..

    BalasPadam
  2. KEBENARAN LISAN dari JKR?buat lawak pula si Jait ni..

    BalasPadam