MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 31 Mac 2012

AMANAH DAKWA SEKOLAH SK PEKAN KENINGAU TERLALU DAIF


JOHNY KADAU
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Setiausaha Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) P. 180 Keningau, Johny A. Kadau, 57, mendakwa bahawa beliau amat sedih melihat keadaan sekolah SK Pekan Keningau yang infrastrukturnya tidak pernah diselia sejak sekian lamanya.
   SK Pekan Keningau termasuk dalam pentadbiran DUN 33 Bingkor dan Parlimen Keningau. Ahli Parlimen Keningau ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Laluan ke blok sekolah ditengelami air
   “Dalam situasi yang begitu daif, kawasan sekolah ini ditengelami air setiap kali musim hujan,” jelasnya dan menambah, keadaan seperti itu tidak berlaku jika kerajaan perihatin terhadap setiap laporan serta permohonan yang dikemukakan oleh pentadbir sekolah.
Laluan ke tandas
   Johny yang merupakan penyelia waktu petang di sekolah itu memberitahu, pada waktu hujan sebahagian kawasan sekolah itu tidak boleh dilalui kerana ditengelami air.
   Katanya, keadaan itu menimbulkan kesukaran kepada semua warga sekolah itu terutama murid-murid.
   “Laluan ke arah tandas ditengelami air, sementara beberapa laluan yang menghubungkan blok sekolah itu becak,” tambahnya.
   Johny memberitahu, SK Pekan Keningau merupakan sekolah yang terawal dibina di kawasan tengah-tengah Bandar, namun keadaanya amat menjelekkan.
   Katanya, selain masih terdapat bangunan yang berdindingkan kayu, siling bagi beberapa blok sekolah tersebut bocor menyebabkan berlaku titisan hujan yang sering menganggu keselesaan murid.
   Beliau memberitahu bahawa beberapa permohonan pembaikan telah dimajukkan oleh pentadbir sekolah, tetapi sehingga kini keadaan sekolah tertua itu masih lagi daif.
   “Saya mahu sesuatu yang positif dilakukan oleh pihak atasan ke atas sekolah ini,” katanya.
   Johny memberitahu, beliau terpaksa bergiat cergas dalam pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) seperti Amanah, bagi menyuarakan rintihan warga kerja sekolah itu selepas suara melalui saluran kerajaan tidak mendapat perhatian berkesan.
   “Apa yang saya lakukan semata-mata untuk masa depan yang baik untuk  murid-murid di situ,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan