EKSKLUSIF
SEKUMPULAN remaja ini
adalah diantara ribuan anak-anak warga asing dikalangan pendatang tanpa izin
(PTI) yang lahir dan membesar di
Keningau.
ANAK PTI AJAR MINUM ARAK |
Tidak pernah merasai alam persekolahan,
anak-anak gelandangan ini meniti kehidupan tanpa halatuju.
Minum arak dikhalayak umum seperti yang
diperlihatkan oleh salah seorang daripada mereka ini, adalah perkara biasa yang
boleh dilihat di lorong-lorong di Bandar Keningau, malah mereka boleh melakukan
jauh daripada itu, seperti memeras ugut,ragut, merompak hatta melakukan
pelbagai jenayah semata-mata untuk survival hidup.
Gelagat ini dirakam di Lorong Arshad
Keningau yang memperlihatkan betapa beraninya warga ini melakukan kegiatan yang
tidak sihat, dan ini adalah ancaman kepada lanskap masa depan anak-anak
tempatan.
Hanya menunggu masa generasi ini akan
menjadi warganegara kedua, dan jika ini berlaku mereka adalah tuan kepada
penduduk tempatan -- BORNEO DIGEST
jika berterusan tiada tindakan pihak berwajib untuk membersih dan membendung pembiakan pti ini maka nescaya generasi ketiga tidak akan lari kemana melainkan menjadi pelarian di kampung sendiri..
BalasPadam