MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 24 Januari 2012

Pilihanraya Presiden Amerika: GINGRICH TUMPASKAN ROMNEY DI CAROLINA SELATA


WORLD / DUNIA / TERKINI: 24/01/2012/JAM 8:40 PAGI

COLUMBIA: Calon harapan Republikan untuk bertanding jawatan Presiden Amerika, Newt Gingrich mengalahkan lawan dan pendahulu sekian lama, Mitt Romney dalam pemilihan di Carolina Selatan, secara dramatik mewujudkan persaingan semula pertandingan yang tidak menentu itu.
   Bekas speaker dewan perwakilan itu, berulang kali diisytiharkan sudah tiada pengaruh dari segi politik sejak beberapa tahun lalu, muncul kelmarin dalam satu kejayaan mengejutkan menjadi pendahulu bagi menentang Presiden Demokratik, Barack Obama dalam pilihan raya 6 November depan.
Dengan 100 peratus kawasan pemilihan sudah dikira, Gingrich menarik 40.4 peratus undian, berbanding 27.9 peratus untuk Romney.
   Gingrich dengan megah menyingkirkan Romney, sekali gus memberi pengajaran kepada rakyat Amerika yang beranggapan golongan elit di Washington dan New York tiada pemahaman, tidak peduli, tidak prihatin, tiada kebolehpercayaan dan pada hakikatnya tidak mewakili mereka.
   Keputusan itu memusnahkan aura kekebalan yang melingkari Romney, bekas gabenor Massachusetts dengan jangkaan beliau akan kalah dalam pertandingan seterusnya di Florida 31 Januari ini.
   “Kami perlu mencipta dan mengekalkan kejayaan ini dengan pergi ke Florida.
   “Saya amat memerlukan bantuan anda semua,” kata Gingrich ketika berucap dihadapan penyokongnya sambil meminta mereka membantunya merapatkan jurang pengumpulan dana yang memisahkannya daripada Romney.
   “Perlumbaan ini semakin mengujakan,” kata Romney pula kepada penyokongnya. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan