REMAJA PEDALAMAN |
GADIS-GADIS sunti ini merupakan pewaris kepimpinan Negara
– terserlah keanggunan dan kepimpinan, tetapi sayang mereka tinggal di pelusuk
pedalaman.
Citarasa mereka
tidak berbeza dengan anak remaja yang hidup di bandar-bandar besar, namun
impian itu terlalu mustahil untuk digapai.
“Kami tidak
mempunyai kekuatan untuk bersaing dengan mereka yang hidup dengan penuh
kemewahan,” jelas mereka.
SUNGAI INI ADALAH LEBURAYA MEREKA |
Anak-anak remaja
ini merupakan diantara ribuan generasi baru di Pensiangan yang menjadi mangsa
jurang digital.
Sebahagian besar
kampung-kampung di kawasan itu masih ditakuk lama, dan tidak jauh berubah
selepas negara ini mencapai kemerdekaan.
Masih ramai penduduk di kawasan ini yang tidak pernah menonton teleyesen, dan mengenali pemimpin hanya pada nama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan