MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 23 Januari 2012

SYRIA TOLAK PELAN LIGA ARAB


WORLD / DUNIA (Terkini 23/1/2012/3:00 pm)

SYRIA TOLAK PELAN LIGA ARAB

DAMSYIK: Syria menolak pelan Liga Arab supaya Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan menyifatkan usaha itu sebagai "campur tangan terang terangan", menurut televisyen negara itu.
   "Syria menolak keputusan yang dibuat di luar rangka kerja pelan Arab dan menganggapnya serangan ke atas kedaulatan negara dan campur tangan terang-terangan terhadap hal ehwal dalaman," menurut seorang pegawai kerajaan Syria seperti dilaporkan saluran televisyen itu.
   Liga Arab malam tadi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu.
   Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu “melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan