MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 28 Januari 2012

RAKYAT SABAH HILANG KUASA DI BUMI SENDIRI

apa dalam fikiran saya ... 
                                                    
SEJAK UMNO/BN menguasai arena politik Sabah hampir 20 tahun yang lalu, Sabah bukan sahaja menjadi negeri termundur dan termiskin di Malaysia, malah pribumi Sabah cukup menderita dan diperlakukan seperti pelarian di bumi sendiri.

HASMIN AZROY ABDULLAH
   Bermula dengan manipulasi kependudukan yang amat ketara, sehingga peningkatan kaum-kaum tertentu di Sabah amat luar biasa. Disusuli pula oleh manipulasi persempadanan pilihanraya, menyaksikan parti-parti tempatan hanya mampu gigit jari dengan penguasaan 50 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri oleh UMNO/BN. Lalu dengan kuasa yang ada, bermulalah episod luka dan derita rakyat Sabah terutamanya berkaitan isu Tanah Adat dan Pendatang Tanpa Izin.
   Akhirnya rakyat Sabah hilang kuasa di bumi sendiri. Apabila ada pemimpin yang bangkit berjuang mempertahankan hak, maka secara membuta tuli mereka dianggap pembangkang yang tidak relevan dan sekadar mencari populariti untuk mendapatkan kuasa. Salahkah kita kembalikan kuasa pada yang hak? Salahkah rakyat Sabah menyuarakan sesuatu yang hak?
   Justeru itu, jangan sesekali kita samakan perjuangan pembangkang di Semenanjung Malaysia dan perjuangan pihak yang dianggap pembangkang di Sabah. Perjuangan di Semenanjung Malaysia semata-mata perjuangan untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada dan memberikan peluang kepada pemerintah baru untuk ‘membersihkan’ sistem pentadbiran sedia ada yang dilihat korup, kronisma dan cacamarba.
   Namun begitu, perjuangan di Borneo khususnya Sabah amat berbeza sekali. Perjuangan masyarakat Sabah bukan sekadar untuk menubuhkan kerajaan baru tetapi lebih kepada mengubah kerangka dasar negara yang dilihat jauh terpesong daripada landasan sebenar penubuhan Malaysia menurut persetujuan Perjanjian Malaysia 1963.
   Pencabulan terhadap perjanjian ini, termasuk Memorandum 20 Perkara yang tidak diiktiraf merupakan pengkhianatan terbesar kerajaan UMNO/BN terhadap pucuk pimpinan Sabah yang terdahulu dan kepada rakyat Sabah seluruhnya pada hari ini.
   Sehubungan itu, kerajaan UMNO/BN tidak seharusnya melayan Sabah dan Sarawak sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia. Wilayah Borneo ini sepatutnya mendapat ‘keistimewaan’ berbanding negeri-negeri lain dalam Semenanjung Malaysia lantaran kesediaan wilayah ini menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 yang secara jelas dan nyata menjadikan Negara Malaysia sebuah realiti.
   Sabah adalah sebuah Negara sebelum ini.
   Sayang sekali, daripada segi fokus pembangunan ekonomi sahaja sudah menampakkan ketidakadilan yang sangat ketara. Sabah misalnya hanya mendapat peratusan yang amat kecil daripada Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM51.2 Billion dalam Bajet 2012. Sedangkan jika kita membandingkan keperluan fizikal pembangunan di Sabah dengan Semenanjung Malaysia, Sabah seharusnya layak untuk mendapatkan bajet yang lebih besar daripada itu. Apatah lagi dengan faktor keluasan Sabah yang menyamai 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia sudah seharusnya mendapat pembelaan sewajarnya demi kebajikan rakyat Malaysia di Sabah.
   Jika kita soroti kehidupan sebenar masyarakat di Sabah, kita akan dapat analisis umum bahawa Sabah tertinggal lebih 10 tahun kebelakang berbanding rakyat Malaysia di Semenanjung Malaysia.
   Sistem jalanraya yang sangat teruk menjadikan jalanraya di Sabah sebagai laluan maut. Jika kita lihat lebuhraya di Semenanjung Malaysia, Sabah pasti sedikit irihati. Apa tidaknya, bukan sahaja tidak beraspal malah lebih teruk daripada itu, jalanraya berlubang, tanah merah yang licin dan berbengkang-bengkok adalah perkara biasa di Sabah.
   Dalam konteks pekerjaan pula, ramai belia Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia lantaran ketiadaan kerja di Sabah. Polisi Kabotaj yang merencatkan perdagangan Sabah menyebabkan kilang di Sabah boleh dibilang dengan jari.
   Kesiannya, anak muda Sabah menjadi kuli di Semenajung Malaysia sama seperti pekerja Myanmar, Bangladesh dan Indonesia. Lebih malang, dalam sektor kerajaan, penjawat awam Sabah sering dianaktirikan. Cuba kita cari berapa ramai anak Sabah yang menjadi pengetua sekolah di Semenanjung? Rasanya TIADA. Cuba pula kita kira bilangan pengetua sekolah anak Semenanjung Malaysia yang ada di Sabah?  Kalau kita boleh dapatkan 10 orang pengetua anak Sabah di Semenanjung Malaysia pun sudah kira ‘adil’ untuk Sabah.
   Oleh itu, Slogan 1Malaysia untuk Sabah sebenarnya tidak relevan dan amat memualkan. Slogan ini lebih berupa keseimbangan sosial terhadap masyarakat Melayu, India dan Cina di Malaysia khususnya Semenanjung Malaysia. Hanya persilangan tiga budaya sahaja telah mencetuskan perbezaan yang amat jelas.
   Buktinya Tragedi 13 Mei, dan beberapa cerita seumpamanya kebelakangan ini tidak pernah berlaku di Sabah yang mempunyai lebih banyak bangsa, agama dan budaya. Bukannya mendabik dada tetapi yang nyata kerajaan UMNO/BN tidak perlu mengajar bagaimana hidup harmoni dalam persekitaran berbilang bangsa dan budaya di Sabah. Bahkan, dalam satu keluarga sahaja di Sabah ini, sudah pun mewakili pelbagai agama, bangsa dan budaya tetapi mampu hidup harmoni, aman dan sejahtera. Di Semananjung senerio seperti ini hampir tidak boleh diterima.
“Rakyat Sabah berbilang bangsa dan agama, duduk di kedai kopi milik kaum Tionghua  adalah pemandangan biasa, tetapi ini tidak berlaku di Semenanjung dalam beberapa situasi tertentu seorang beragama Islam yang berbuat demikian terdedah kepada tafsiran ‘kafir’.
   Oleh yang demikian, pengertian 1Malaysia bagi wilayah Borneo khususnya di Sabah ialah keseimbangan kuasa dan ekonomi.
   “Rakyat melalui parti tempatan Sabah harus diberi peluang untuk menentukan halatuju negeri Sabah sesuai dengan aliran budaya masyarakat Sabah”.
   Ekonomi; Sabah harus diberikan semula kuasa khas seperti memungut cukai dan pembahagian hasil bumi yang lebih seimbang. Masyarakat Sabah memerlukan penafsiran 1Malaysia dalam konteks yang lebih empirikal seperti kestabilan harga barangan yang sama di seluruh negara dan pembangunan fizikal yang harus ditumpukan ke Sabah setelah puluhan tahun kerajaan UMNO/BN membina ‘tamadun moden’ di Semenanjung terutamanya perkara yang disentuh dalam kupasan di atas.
   Inilah rintihan sebenar rakyat Sabah, dan bukannya wang yang hanya beberapa ratus yang mereka perlukan. Sabah memerlukan sesuatu yang lebih besar dalam bentuk jaminan masa depan yang lebih baik kepada seluruh generasi Sabah. Fikirkan kata-kata ini “Kita kehilangan sebilah kapak, mengapa kita harus mencari dan mendapatkan sebilah jarum cuma”.

(HASMIN AZROY ABDULLAH merupakan seorang aktivis masyarakat . Tulisan ini adalah pandangan ikhlas daripada beliau -- BORNEO DIGEST)





2 ulasan:

  1. Suatu pandangan yang seharusnya dilihat pada sudut yg positif oleh semua pihak.

    BalasPadam
  2. Kalau si Osamng itu jadi calong...nak hidup lah itu Bugie semua di Keningo...dapat tanah untuk tanam sayur dan klapa sawit!!

    BalasPadam