WORLD//DUNIA/SUKAN
MANCHESTER
CITY TUMPASKAN TOTTENHAM HOTSPUR 3 - 2
MANCHESTER - Mario Balotelli sekali
lagi menjaringkan gol kemenangan di tengah-tengah kontroversi apabila penalti
pada babak akhir memberikan kemenangan 3-2 kepada pendahulu Liga Perdana
Inggeris, Manchester City ke atas Tottenham Hotspur semalam.
Spurs merasakan pemain Itali itu tidak
sepatutnya beraksi perlawanan semalam kerana memijak kepala Scott Parker.
Pemain Itali itu dimasukkan pada babak kedua
ketika kedudukan terikat 2-2.
Selepas menerima satu kad kuning, dia
terselamat daripada menerima kad kuning kedua selepas dilihat memijak kepala
pemain tengah Spurs, Parker.
Ketika penyokong City meraikan kemenangan
tersebut, Balotelli menerima reaksi berbeza daripada pengurus Spurs, Harry
Redknapp.
"Saya tidak suka orang menyepak kepala
orang lain di atas padang.
"Mengapa dia masuk dan menyepak kepala
seseorang pemain ketika pemain itu terbaring. Saya tidak faham.
"Ini bukan pertama kali dia melakukannya dan
saya tidak pasti ia adalah yang terakhir," kata Redknapp.
Selepas memperoleh kelebihan dua gol
menerusi Samir Nasri dan Joleon Lescott, City mengawal permainan dengan baik.
Namun mereka tersentak dengan kebangkitan
Spurs yang menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jermain Defoe dan Gareth
Bale.
Drama perlawanan berterusan sehingga ke saat
akhir sebelum jaringan kemenangan menerusi penalti Balotelli apabila percubaan
Defoe tersasar ketika cuba menyambar hantaran lintang Bale, yang sepatutnya
menjadi gol kemenangan Tottenham.
Pada masa kecederaan, Balotelli dikasari Ledley
King dan pemain Itali itu menyempurnakan penalti untuk memberikan kemenangan
ke-11 berturut-turut buat City di laman sendiri setakat ini. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan