MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 29 Januari 2012

RAKYAT SABAH HARUS BERANI BUAT PERUBAHAN -- Dr. Jeffrey

EKSKLUSIF
KENINGAU (Sabah Malaysia): Pejuang 20 Perkara bagi Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang muncul untuk permulaan sambutan Tahun Naga 2012 di Keningau berkata, rakyat Sabah harus berani untuk berkata ‘ya’ untuk melakukan perubahan, bagi mempertahankan hak dan maruah mereka.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Frankie Chong bersama penyokong
   “Sejak sekian lamanya kita diperdaya dan dijadikan mengikut telunjuk kepada orang lain,” tekan Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) bagi Wilayah Sabah itu.
   Disambut oleh ratusan penyokong daripada pelbagai lapisan dan status ekonomi, Dr. Kitingan berkata, Sabah kini telah dijadikan sebagai ‘simpanan tetap’ oleh kerajaan persekutaun untuk mempertahankan kuasa politik mereka yang semakin tergugat.
   Katanya, jika Sabah dijadikan sebagai ‘simpanan tetap’ kepada kerajaan persekutuan, maka ini bermakna kuasa politik Sabah telah hilang.
   “Rakyat Sabah hanya wujud dalam kertas, dan situasi itu amat menyedihkan,” jelasnya sambil disambut laungan ‘ini kali lah’ daripada ratusan penyokong yang menyertai beliau dalam program Menemui Rakyat Sempena Sambutan Tahun Baru 2012.
   Naib Presiden Parti SAPP Datuk Frankie Chong yang menyertai lawatan itu, turutt mengingatkan rakyat Sabah bahawa pilihanraya ke-13 adalah peluang penghabisan bagi mereka untuk berubah.
   “Sebenarnya kita mampu untuk melakukannya, tetapi kita (rakyat) harus berani,” katanya.
   Ketika berbual mesra dengan para penyokongnya di Pasar Umum Keningau, Dr. Kitingan yang disambut dengan sorakan memberitahu, kuasa politik rakyat Sabah telah diambil alih oleh PATAI (Rakyat Asing Ada Ic) yang turut dibenarkan mengundi.
   Katanya di beberapa kawasan pilihanraya di negeri ini, undi ‘rakyat kedua’ ini mengatasi undi penduduk tempatan.
   Sebab itu tambahnya, kerajaan persekutuan tidak menyenangi dengan tuntutan pengwujudan Siasatan Diraja (RCI) ke atas pendatang asing di Sabah.
   “Adakah anda gembira dengan kehadiran mereka (PATAI),” soalnya dan menambah, rakyat Sabah sudah kehilangan segala-gala.
   Dan katanya jika rakyat Sabah masih berdiam diri mengenai itu, sesiapapun tidak mampu untuk membayangkan apa akan terjadi kepada masa depan generasi baru negeri ini.
   “Apa yang saya katakan ialah, saya telah mengajak anda untuk melakukan perubahan, dan semua ini saya lakukan secara ikhlas,” katanya.
   Lawatan yang dipandu oleh Kong Fui sheng dan Wong Yun Onn itu, turut disertai oleh  Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong, Ketua Penyelaras parti STAR Liawan Dr. Nicholas Guntobon, pesara-pesara penjawat awam, kakitangan awam Sabah dan Persekutauan, ketua-ketua masyarakat serta ahli-ahli parti kompenan BN yang telah mengistiharkan keluar parti.
   Sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti Kompenan BN telah mengadakan lawatan yang sama, tetapi tidak mendapat sambutan.
   “Ini adalah satu petanda kepada satu perubahan besar kepada lanskap politik Sabah,” jelas Dr. Kitingan -- BORNEO DIGEST

1 ulasan:

  1. tahniah kpd pemimpin yang berusaha keras memberi kesedaran pendidikan sejarah kpd rakyat sabah..klu sabah menjadi Fix deposit kepada kerajaan sekarang sepatutnya sabah beroleh peruntukkan yang amnat besar dan pembgunan yang lebih hebat dari putrajaya kerana sebenarnya pusat pemerintahan mereka ialah SABAH.tapi sayang pemimpin sabahan hanya dikambinghitamkan saja..kita beri kemenangan dan kerajaan memerintah melalui undi sabah tp pucin2 jak dapat..apapun teruskan perjuangan pemimpin baru seperti Ketua Pemuda Star En.Hasmin@Azroy Abdullah yang begitu berkaliber,berpengetahuan,berpindidikan dan mesra rakyat....mantopsssssss

    BalasPadam