MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 23 Januari 2012

BR1M STRATEGI UNTUK BELI UNDI RAKYAT -- Dr. Jeffrey


TERKINI - 23/1/2012/5:300PM

BR1M STRATEGI UNTUK BELI UNDI RAKYAT -- Dr. Jeffrey

KENINGAU (Sabah Malaysia): STAR menyifatkan pengagihan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) strategi kerajaan untuk ‘membeli undi’ rakyat menjelang pilihanraya ke-13.
   Pengerusi parti itu di Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan memberitahu, bantuan itu hanya dilaksanakan sekali dan dilakukan menjelang pilihanraya.
   “Ini adalah bukti yang jelas bahawa ia bermotifkan politik,” katanya di Keningau selepas mengetuai program lawatan berjumpa rakyat sempena Sambutan Tahun Baru 2012.
   Program itu merupakan anjuran bersama dengan Parti SAPP yang diwakili oleh Naib Presiden parti itu Datuk Frankie Chong – kira-kira 500 penyokong kedua-dua parti itu menyertai lawatan tersebut.
   Dr. Kitingan berkata, penyerahan bantuan itu diatur dengan mewajibkan pemimpin di setiap kawasan pilihanraya untuk mengagihkannya kepada penerima, sekaligus membuktikan ia digunakan untuk menyelamatkan politik pemimpin tertentu.
   Beliau menekankan kerajaan sepatutnya memikirkan sesuatu yang boleh membangunkan ekonomi rakyat secara berterusan, dan bukannya memanjakan rakyat secara berlebihan untuk kepentingan politik mereka.
   “Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan ialah memastikan rakyat supaya sentiasa memiliki kuasa beli,” katanya dan menambah, dengan RM500 tersbut nasib rakyat tidak akan berubah.
   Pengerusi STAR itu menekankan kerajaan sepatutnya mencari kaedah yang lebih berkesan supaya kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat secara keseluruhan.
   “Kita boleh memberikan yang terbaik kepada rakyat, dan ini adalah jaminan apabila berkuasa nanti,” katanya.
   Dr. Kitingan menasihatkan rakyat supaya menginsafi kesilapan kerana terlalu mengikut telunjuk,  dan bersatu untuk mengubah kerajaan tanpa rasa takut dan bimbang.
   “Ini adalah yang terakhir untuk kita,” katanya.  

Pengerusi STAR Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bersama Naib Presiden SAPP Datuk Frengkie Chong, mengetuai lawatan menemui pengundi di Bandar Keningau sempena sambutan Tahun Baru Cina 2012. Kedua pemimpin ini diiringi oleh ratusan penyokong

1 ulasan:

  1. BN sentiasa releven sebagai Parti yang membela nasib rakyat khususnya rakyat luar bandar, justru itu ayuh sama-sama kita memberi sokongan padu kepada Kerajaan BN untuk terus membentuk kerajaan selepas PRU Ke-13

    BalasPadam