MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 30 Januari 2012

ALFIAN KOROH CALON PBRS SOOK?


EKSKLUSIF
SOOK (Keningau Sabah Malaysia): Selepas menyerang kawasan pilihanraya N. 34 Liawan, pencanang cerita yang mengelarkan diri mereka sebagai ‘Reformasi Generasi Baru’ (RGB) beralih ke kawasan pilihanraya N. 37 Sook dengan bahan terkini mereka;
   “Calon PBRS bagi Sook pada pilihanraya ke-13 ialah Alfian Koroh,”.
   PBRS ialah Parti Rakyat Bersatu Sabah.
   Cerita yang begitu rancak diperkatakan ini cukup mencemaskan Datuk Ellron A. Angin yang merupakan wakil rakyat bagi kawasan itu.
   Alfian, seorang berketurunan Murut dan merupakan mantan Setiausaha Ekesutif Majlis Daerah Keningau, dikatakan berada dalam senerai teratas sebagai calon Sook.
   Presiden parti itu Tan Sri Joseph Kurup dikatakan menamakan Alifian  sebagai melaksanakan format baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak yang hanya akan memilih calon yang ‘boleh menang’.
   Kemunculan nama Alfian sebagai calon PBRS bagi kawasan N. 37 Sook memberi impak besar kepada lanskap politik kawasan itu, apabila dua kaum terbesar di situ terpecah dua – pengundi Murut berpihak kepada Alfian sementara pengundi berketurunan Dusun memilih untuk berkecuali.
   Ellron dikhabarkan tidak tidur nyenyak mengenai  perkembangan terbaru itu, dan ini disahkan oleh salah seorang anggota keluarga wakil rakyat Sook itu.
   BORNEO DIGEST akan menjejaki kedua-dua pemimpin ini untuk mendapatkan reaksi masing-masing.

2 ulasan:

  1. Pembetulan Alfian Tun Ahmad Koroh merupakan Mantan Ekesutif Majlis Daerah keningau..Beliau merupakan Pegawai yg mesra rakyat dan bertanggungjwb.Beliau juga merupakan anak jati keningau.Ayah beliau merupakan Mantan TYT yg Ke 5 dan ibu beliau merupakan anak kelahiran Nabawan..Jadi molek sangatlah jika sekiranya YAB Tan Sri Joeph Kurup memberi peluang dan ruang kpd Alfian sebagai calon yg BOLEH MENANG dlm PRU 13 akan dtg... Calon N37 SOOK...Hidup Tan Sri Joseph Kurup..MGB u always ...

    BalasPadam
  2. Pembetulan ALFIAN TUN AHMAD KOROH merupakan Mantan Pegawai Ekesuktif MDK..Beliau merupakan salah seorang pegawai kerajaan yg berjiwa rakyat,mesra rakyat dan bertanggungjwb..Beliau juga merupakan anak kepada Mantan TYT iaitu TUN AHMAD KOROH (TYT KE 5)..Beliau merupakan anak jati kelahiran keningau dan pernah berkhidmat d MPKK sebagai Pengarah Penguatkuasa dan berkhidmat di MDPensiangan/Nabawan..sblm bertugas di MDK..Ibu beliau merupakan anak kepada DATUK SAID BESAR SIGOH,merupakan anak jati kelahiran Nabawan..sememangnya molek sangat jika sekiranya YAB TAN SRI JOSEPH KURUP memberi ruang,peluang dan sterusnya mencalonkan Beliau sebagai CALON BOLEH MENANG pada PRU KE 13 akan datang..HIDUP TAN SRI JOSPH KURUP..we alawys support u ever and ever..MGBU...

    BalasPadam