MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 23 Januari 2012

OSMAN JAMAL CALON BN (Umno) DI N. 34 LIAWAN?!


TERKINI – 23/01/2012/JAM 8:00 PM


KENINGAU (Sabah Malaysia): Cerita mengenai siapa calon BN bagi kawasan pilihanraya DUN N. 34 Liawan bertambah panas, apabila nama Osman Jamal (Pengarah Tanah Negeri Sabah) dikaitkan dalam percaturan politik Liawan.
   Kemunculan nama baru ini menyebabkan popoluriti nama-nama yang rancak diwar-warkan sebelum ini secara perlahan terhakis dan tidak lagi menjadi watak perbualan.
   Azman Hj. Ruslan (Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau) dan Banan @ Anuar Datuk Ayub Aman (AJK Bahagian Umno Keningau) masing-masing diperkatakan berpotensi bagi calun N. 34 Liawan, menyaksikan nama penyandang kerusi - Datuk Hj. Sairin Hj. Karno seakan tercicir daripada senerai perbualan.
   Penyokong Datuk Sairin bagaimanapun optimis Wakil Rakyat Liawan itu kekal sebagai calon BN pada pilihanraya ke-13 ini.
   “Dia (Sairin) mempunyai rekod terbaik bagi N. 34 Liawan,” pertahan penyokongnya.
   Benarkah Badan Perhubungan Umno Sabah memilih Osman sebagai calon BN (Umno) bagi kawasan N. 34 Liawan?  
   Persoalannya BN Negeri Sabah belum lagi terfikir untuk duduk bagi membincangkan mengenai calon pilihanraya.
   Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman memberitahu, pada 18 Jan 2012 di ibu negeri, bahawa beliau lebih tertumpu kepada soal kerja untuk rakyat.
   Beliau dipetik sebagai berkata; “Kerja untuk rakyat mesti berterusan, bukan bila dekat pilihan raya sahaja baru hendak tolong rakyat,” katanya kepada pengamal media semasa menghadiri Graduasi ke-12 Kolej PTPL Sabah.
  

   

2 ulasan:

  1. Rakyat Malaysia di Kawasan N.34 Liawan masih memerlukan kepimpinan YB Datuk Hj Sairin Hj Karno

    BalasPadam
  2. Kalau tidak takut dikumin jangan tapis pendapat orang...

    BalasPadam