MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 23 Januari 2012

SAPP DAN STAR KOMITED UNTUK MENUNTUT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 – Datuk Frankie

TERKINI (23 Jan 2012 - jam 11:51 pagi)

SAPP DAN STAR KOMITED UNTUK MENUNTUT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 – Datuk Frankie

KENINGAU (Sabah Malaysia): Datuk Frankie Chong berkata, jalinan kerjasama diantara parti SAPP dan STAR bagi menghadapi pilihanraya ke-13, merupakan satu permulaan yang baik untuk mereliasasikan ‘Agenda Borneo’.
   SAPP adalah Parti Maju Sabah pimpinan Datuk Yong Teck Lee semantara STAR ialah Parti Reformasi Negeri  yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di Sabah.
   Kedua-dua parti ini lahir dalam kepulauan Borneo.
   “Parti ini mempunyai perjuangan yang sama, untuk mempertahankan hak-hak Sabah, autonomi dan kedaulatan negeri ini,” katanya dalam satu perutusan Tahun Baru Cina 2012.
   Frankie merupakan Naib Presiden Parti SAPP dan Timbalan Spekar Dewan Undangan Negeri Sabah – beliau adalah anak kelahiran Daerah Tenom.
   Sambil merujuk perjuangan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan untuk memperjuangkan hak-hak negeri Sabah, Frankie berkata;
   “SAPP dan STAR komited untuk menuntut Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan ‘Kebebasan Penjajahan 48’ oleh Kuala Lumpur terhadap negeri Sabah.
   Beliau mengajak seluruh rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, fahaman agama dan status ekonomi, supaya bersatu untuk memastikan pilihanraya ke-13 ini memihak kepada rakyat negeri ini.
   “Ini adalah peluang terakhir bagi kita,” katanya.
   Ketika ditemui pada Sabtu semasa melakukan kunjungan bersama dengan Datuk Jeffrey Kitingan bagi menemui rakyat di kawasan Bandar Keningau, Frankie berkata;
   “Sesuatu yang amat menyedihkan apabila penduduk tempatan menjadi pelarian di negeri sendiri, disebabkan kecuaian ibubapa,”, katanya dan menambah, tidak mustahil satu tanggapan bahawa pada suatu hari yang akan datang, anak cucu penduduk tempatan bertuankan orang asing jika mengabaikan tanggungjawab untuk menyelamatkan negeri ini.
   Program menemui rakyat itu merupakan anjuran bersama SAPP dan STAR
  
Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong menyerahkan kalender 2012 kepada salah seorang pengundi DUN N. 34 Liawan - Kong Fui Sheng sambil diperhatikan oleh Pengerusi STAR Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (dua dari kanan). Turut kelihatan Dr. Nicholas Guntoban (kiri) dan Richard Lee (AMT parti SAPP) berdiri di kiri sekali
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan