MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 22 Januari 2012

PENIAGA PATAI (Pendatang Asing Ada Ic) KUASAI PETAK KERETA TAMU GROUND


PENIAGA PATAI (Pendatang Asing Ada Ic) KUASAI PETAK KERETA TAMU GROUND


Oleh: ROSANNA EDEZA
          rosannaedeza@yahoo.com

KENINGAU: Gelagat peniaga borong  yang menggunakan petak letak kereta di kawasan Tamu Ground Keningau sebagai medan berjualan, menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan orang ramai dan menuding jari kepada pengurusan Majlis Daerah Keningau (MDK) sebagai ‘tidak menjalankan tugas dengan sepenuhnya’.
   “Sebenarnya perkara ini tidak berlaku jika MDK lebih bertanggungjawab,” jelas seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi Suratman, 52.
   Azmi yang merupakan seorang penjawat awam memberitahu, kegiatan peniaga borong itu sudah berleluasa sejak sekian lamanya.
Tanpa hormat undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan, PATAI ini menjalankan perniagaan di tapak letak kereta Tamu Ground Keningau. Apa sudah jadi dengan negeri tercinta ini. Rakyat tempatan hanya mampu merungut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa -- Foto: BORNEO DIGEST
   Menurutnya, dalam beberapa keadaan hampir sederet petak kereta yang boleh memuatkan 10 buah kenderaan dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan pemborong untuk menjalankan pelbagai perniagaan borong.
   Kebanyakan peniaga boring terdiri dikalangan warga asing.
   Aktiviti borong di kawasan itu menyebabkan kesesakan berlaku di sepanjang kira-kira setengah kilometer menuju ke kawasan Tamu Ground Keningau.
   Pengguna yang berurusan di Tamu Ground tidak mempunyai pilihan, dan terpaksa meletakkan kenderaan mereka di sisi jalan dan menimbulkan kesulitan kepada pengguna yang lain.
   Tamu di kawasan Tamu Ground Keningau beroperasi setiap Khamis dan Ahad, dan merupakan kawasan yang menjadi tumpuan kepada ribuan pengguna untuk mendapatkan bekalan makan segar.
   Pengurusan Majlis Daerah Keningau ketika dihubungi memberitahu, pemborong-pemborong tersebut terlalu licik dan hanya muncul di kawasan itu ketika penguatkuasa MDK tidak berada di kawasan itu.
   MDK bagaimanapun akan menjalankan pemantau di kawasan itu dengan lebih kerap.
   Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno turut mengesahkan menerima banyak rungutan daripada pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan