MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 27 Januari 2012

DATUK SAIRIN MASIH CALON LIAWAN – Hadimin

 TERKINI / 10:05 PM / JUMAAT
KENINGAU (Sabah Malaysia): Teka-teki mengenai halatuju politik Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno akhirnya terjawab, selepas Setiausaha Umno Bahagian Keningau – Hadimin Jumburi memberitahu;
HADIMIN JUMBURI
   “Dia (Sairin) masih calon kami,” jelasnya dan menambah mesyuarat bahagian yang diadakan pada akhir Disember tahun lalu, telah sebulat suara untuk meluluskan ketetapan bahawa Ketua Umno Bahagian itu dikekalkan sebagai calon BN (Umno) bagi kawasan N. 34 Liawan pada pilihanraya ke-13 ini.
   Sebelum ini desas-desus rancak dicanangkan bahawa Sairin tidak akan dicalonkan pada pilihanraya yang akan datang.
   Hadimin berkata, kepimpinan Sairin masih diterima oleh rakyat Liawan.
   “Yang tidak menyokong hanya sebilangan kecil dan dikalangan mereka yang tidak mendapat tempat,” katanya.
   Mengenai dakwaan bahawa terdapat segelintir AJK Umno Bahagian tidak menyokong Sairin, Hadimin menjawab;
   “Hanya dua tiga orang,”.
   Timbalan Ketua Umno Bahagian parti itu – Tuan Hj. Jasni Rahmat ketika dihubungi mengesahkan satu ketetapan telah dibuat untuk mengekalkan Sairin sebagai calon pada pilihanraya yang akan datang.
   “Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri turut memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Bahagian untuk dikekalkan sebagai calon,” katanya.
   Sejak lebih setahun yang lalu beberapa nama dicanang sebagai calon di kawasan itu, dan yang terakhir Osman Jamal.
   Bagaimanapun Hadimin menekankan pucuk pimpinan Umno pusat dan negeri masih mempercayai Sairin.
   Minggu yang lepas seorang pemimpin kanan Umno pusat mengesahkan secara tidak rasmi bahawa Sairin kekal sebagai calon pada pilihanraya yang akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan