MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 31 Januari 2012

SAYA MASIH MAHU MEWAKILI RAKYAT LIAWAN – Datuk Sairin


KENINGAU (Sabah Malaysia): Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno berkata, beliau masih mahu mewakili rakyat Liawan pada pilihanraya yang akan datang.
DATUK SAIRIN
   “Saya tidak pernah terfikir untuk tidak menjadi calon,” katanya dan memberitahu;
   “Masih banyak kerja yang harus beliau lakukan di kawasan itu (N. 34 Liawan,”.
   Sairin yang ditemui di kawasan pilihanrayanya pada Selasa berkata, beliau mempunyai ‘blue print’ untuk Liawan dan ia harus dilaksanakan mengikut jadual.
   “Semua yang kita rancang untuk Liawan hanya bergantung kepada bila peruntukan yang telah kita pohon disalurkan,” jelasnya dan menambah, beliau sentiasa berdamping rapat dengan rakyat di situ.
   Mengenai khabar angin bahawa kemungkinan beliau tidak akan dicalonkan semula, Sairin berkata, pucuk pimpinan tahu apa yang beliau rancang dan lakukan untuk Liawan.
   Hatta katanya, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, mengetahui rekod kerjanya sebagai wakil rakyat.
   “Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana yang menentukan calon adalah pucuk pimpinan,” katanya.
   Beliau berkata, sesuatu yang aneh jika mereka yang berada di luar pucuk pimpinan lebih mengetahui siapa calon pilihanraya yang akan dating.
   Sebuah kumpulan yang menamakan sebagai Reformasi Generasi Baru atau RGB telah mencanangkan nama-nama calon bagi kawasan-kawasan pilihanraya tertentu, yang meletakkan kumpulan itu seolah-olah lebih berkuasa daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
   RGB menamakan Osman Jamal sebagai calon BN/Umno bagi N. 34 Liawan dan Alfian Koroh calon BN/Pbrs bagi kawasan pilihanraya Sook.
   Sambil tersenyum ketika diajukan beberapa pertanyaan, Sairin sekadar memberitahu, “inilah yang dinamakan politik’ -- BORNEO DIGEST
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan